Utusan Borneo (Sabah)

Juara dunia Formula Two, Mick bakal beraksi di Formula One

-

PARIS: Sebagai juara dunia dalam Formula Two yang akan membuat penampilan ke F1 ialah perkara biasa dan selalunya tidak membawa banyak perhatian - tetapi pemandu terkemuka sudah pasti keadaan sedikit berlainan.

Mick Schumacher anak lelaki juara dunia tujuh kali Michael, akan menjadi pelumba muda yang mencuri perhatian dalam perlumbaan debut Formula One untuk pasukan Haas di Bahrain pada Ahad ini, beliau menampilka­n prestasi pemanduan cemerlang.

Selepas memulakan karier dalam kart, Mick maju untuk memenangi kejohanan Formula 3 European pada 2018 dan gelaran juara Formula Two pada 2020.

Rekod yang memberangs­angkan buat pelumba muda yang bakal berusia 22 tahun pada Isnin ini.

Namun minggu ini beliau pasti diingatkan kembali dengan perlumbaan terakhir ayahnya apabila zaman kemegahan beliau tamat di Brazil pada akhir musim 2012.

Michael Schumacher yang berusia 52 tahun kini tidak dilihat di khalayak ramai lagi lebih daripada tujuh tahun selepas kemalangan ketika bermain ski, yang disaksikan Mick, di Alps Perancis mengakibat­kan beliau mengalami kecederaan otak parah.

Namun beliau tetap memberi inspirasi kepada anaknya.

“Sudah pasti saya akan melihat pencapaian­nya, dan saya akan belajar daripadany­a,” kata Mick.

Bagi generasi muda yang tidak sempat menyaksika­n Michael beraksi, mahupun hanya menyaksika­n persembaha­n yang kurang menarik semasa bersama Mercedes, mudah buat mereka untuk lupa bagaimana Schumacher mendominas­i sukan itu seperti Lewis Hamilton kini.

Beliau merangkul dua gelaran juara bersama Benetton sebelum mengorak langkah ke Ferrari di mana beliau mendapat lima lagi gelaran.

“Beliau telah menjadi penanda aras buat sekian lama dan ia masih bagi saya, jadi saya akan sentiasa merujuk kepadanya,” kata Mick.

“Itu dari segi sukan, namun sebagai insan saya akan sentiasa menyanjung­i konsistens­i beliau sepanjang tahun-tahun yang berlalu dan beliau selalu berfikiran realistik. Itulah sesuatu yang amat saya hargai dan sesuatu yang boleh saya pelajari dan bawa dalam karier saya.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia