Utusan Borneo (Sabah)

Tinju mampu raih dua pingat emas

Petinju Sarawak perlu memanfaatk­an penundaan SUKMA Johor untuk membuat persiapan secukupnya: Snowdan

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Skuad tinju Sarawak diyakini mampu mencapai sasaran awal memenangi dua pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 di Johor.

Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan berkata kementeria­nnya menaruh harapan tinggi terhadap skuad tinju negeri untuk menghadiah­kan pingat emas kepada Sarawak pada temasya itu.

Beliau berkata petinjupet­inju negeri perlu memanfaat sepenuhnya penundaan SUKMA ke tahun depan ekoran penularan pandemik COVID-19 untuk membuat persiapan secukupnya.

“SUKMA sepatutnya pada tahun lepas namun ditunda. Pada tahun ini juga dibatalkan dan ditunda lagi ke tahun depan 2022.

“Jadi kita mempunyai lebih 10 bulan untuk membuat persediaan. Saya harap kita semua dalam kondisi yang baik. Paling penting cuba elak daripada mengalami kecederaan,” katanya berucap semasa menghadiri Majlis Apresiasi Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) di Kuching kelmarin.

Katanya, sasaran merangkul dua pingat emas pada SUKMA Johor, misi yang dilihatnya tidak mustahil untuk dicapai.

Bagaimanap­un, beliau mengingatk­an petinju Sarawak agar tidak terlalu selesa dan terus menjalani latihan untuk memastikan mereka kekal berada pada tahap yang terbaik.

“Kita jangan terlalu selesa dan mesti tahu kekuatan petinju-petinju dari negeri-negeri lain juga. Kita mesti kekal kompetitif.

“Kita sedar ketika ini program latihan agar terjejas akibat COVID-19 namun ia mesti diteruskan dari semasa ke semasa,” tambahnya

Sementara itu Presiden SABA Datuk Rahman Lariwoo dalam ucapan aluannya mahu petinju Sarawak meningkatk­an keupayaan masing-masing untuk merebut slot dalam skuad negara.

Ini kerana katanya, jurulatih baharu negara dari Uzbekistan akan sentiasa memantau prestasi petinjupet­inju dari seluruh negara untuk diserap dalam skuad kebangsaan.

“Jurulatih baharu itu akan menilai petinju-petinju dalam setiap perlawanan untuk mewakili Malaysia.

“Harapan kita dengan kehadiran jurulatih baru ini akan memberi ruang kepada petinju kita di Sarawak mewakili negara kelak,” katanya.

Pada majlis, petinju Sarawak menerima insentif daripada SABA yang disampaika­n oleh Datuk Snowdan.

Barisan petinju SUKMA Sarawak ialah Jackson Chambai (49kg), Mohd Syawal

SUKMA sepatutnya pada tahun lepas namun ditunda. Pada tahun ini juga dibatalkan dan ditunda lagi ke tahun depan 2022. Datuk Snowdan Lawan Menteri Muda Belia dan Sukan

(52kg), Wilson Brayin (56kg), Daeloniel Mcdelon Bong (60kg), Mohd Jamani Abdullah (64kg), Christyude­n

Ripoh (69kg), Mohd Helmi Cheng (75kg), Rais Arsyad (81kg) dan Hillary Hendry (91kg).

Mereka di bawah bimbingan serta latihan Muhammad Helman Morni, Sapok Biki dan Wilbur Buag Andogan.

 ??  ?? DIHARGAI: Snowdan (dua kanan) menyerahka­n insentif kepada petinju Sarawak, Mohd Helmi. Turut kelihatan Rahman (kanan).
DIHARGAI: Snowdan (dua kanan) menyerahka­n insentif kepada petinju Sarawak, Mohd Helmi. Turut kelihatan Rahman (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia