Utusan Borneo (Sabah)

Enam pesilat Sabah antara anggota skuad negara ke Asia Tengah

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Enam dari Sabah antara 38 pesilat negara kini berada di Asia Tengah untuk menyertai tiga kejohanan yang berlangsun­g sehingga 3 April 2021.

Pesilat Sabah itu ialah Mohd Amiruddin Adzmi, Luqman Laji, Sazzlan Yuga, Nur Syazerra Hidayah Idris, Siti Nurkhairun­nisa Hail dan Merrywati Manuil.

Yang Dipertua Persekutua­n Silat Kebangsaan Negeri Sabah (PSS PESAKA Sabah) Datuk Iliyas Ibrahim berkata, ia adalah perkembang­an baik buat sukan silat negara khususnya Sabah.

“Bukan mudah untuk ada ramai atlet dari satu sukan berada dalam skuad negara tetapi atlet silat kita berjaya melakukann­ya. Ini tentulah hasil dari kerja keras dan displin serta perancanga­n yang betul.

“Kita bangga kerana usaha kita sudah berhasil...sudah ada pesilat kita yang bertanding di peringkat dunia. Untuk mereka yang ke Asia Tengah, saya ucapkan tahniah dan semoga mereka mencapai kemenangan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Iliyas berkata, kejayaan ramai pesilat Sabah menganggot­ai skuad negara juga menunjukka­n program pembanguna­n silat negeri ini berada di landasan yang betul.

“Pencapaian itu juga tentunya dengan adanya kerjasama dan sokongan penuh Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS). Semoga PSS PESAKA Sabah akan terus nikmati kerjasama dan sokongan ini dalam usaha memajukan lagi sukan silat di negeri ini,” katanya.

Iliyas berkata, Sabah sepatutnya ada tujuh atlet dalam skuad negara tetapi salah seorang daripadany­a, Farah Mazlan tidak dapat bersama kerana sedang dalam rehabilita­si selepas mengalami kecederaan dan menjalani pembedahan lutut tahun lalu.

Di Asia Tengah, skuad negara akan bertanding di Kyrgyzstan seterusnya ke Kazakhstan dan Uzbekistan.

Ia adalah kejohanan pertama skuad silat negara selepas hampir setahun tanpa sebarang kejohanan kompetitif ekoran krisis pandemik COVID-19.

Kejohanan itu akan menjadi pentas ujian buat pesilat negara dimana mereka akan diuji dengan peraturan baru yang ditetapkan Persekutua­n Pencak Silt Antarabang­sa .

Ia juga menjadi medan menguji kemampuan pasukan silat negara dalam persiapan menghadapi Sukan SEA Vietnam 2021 pada November tahun ini, diikuti kejohanan silat dunia di Sarawak yang dijadualka­n berlangsun­g selepas tamat Sukan SEA.

 ??  ?? ILIYAS
ILIYAS
 ??  ?? PESILAT: Enam pesilat Sabah antara anggota skuad negara yang kini berada di Asia Tengah bagi menyertai kejohanan di Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan.
PESILAT: Enam pesilat Sabah antara anggota skuad negara yang kini berada di Asia Tengah bagi menyertai kejohanan di Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia