Utusan Borneo (Sabah)

Marquez tidak akan sertai Qatar Grand Prix

-

DOHA: Juara enam kali MotoGP Marc Marquez tidak akan menyertai perlumbaan pembuka Qatar Grand Prix, kata penganjur pada Isnin sementara beliau masih belum pulih daripada kecederaan.

Marquez mengalami keretakan tangan kiri pada 19 Julai apabila beliau jatuh semasa Grand Prix pertama musim lalu, kecederaan yang memerlukan tiga operasi pembedahan, kali terakhir pada Disember.

Beliau kembali berlatih pada awal Februari dan memberi respon positif tentang pemulihan beliau namun belum lagi menetapkan tarikh untuk kembali.

Sementara pasukan perubatan Marquez melaporkan ‘respon klinikal baik’ selepas pembedahan akibat jangkitan di tulang humerus kiri, mereka memutuskan untuk tidak bergegas kembali ke litar.

“Selepas rujukan terkini dengan pasukan perubatan, doktor menasihatk­an bahawa keputusan yang berbaik adalah untuk tidak menyertai Qatar Grand Prix dan sambung dengan pelan pemulihan yang telah diikuti selama minggu baru-baru ini,” kata Marquez.

“Saya mahu menyertai perlumbaan untuk pembukaan Kejohanan Dunia, namun kami harus terus berusaha untuk sembuh ke keadaan terbaik yang akan membenarka­n kami kembali ke perlumbaan.”

Marquez, yang menurunkan mahkota kejohanan MotoGP musim lepas ke rakan senegara Joan Mir, telah mengundur diri daripada kejohanan tahun ini.

Qatar bakal menyaksika­n dua perlumbaan pembuka musim MotoGP 2021, sudah menyediaka­n vaksin buat semua ahli sukan di padang itu.

Litar Losail akan menampilka­n perlumbaan pada 28 Mac dan 4 April. Ia juga lokasi perlumbaan percubaan MotoGP bulan ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia