Utusan Borneo (Sabah)

‘Sirih pulang ke gagang’

-

Ibrahimovi­c kembali untuk skuad antarabang­sa Sweden selepas pemergian hampir lima tahun

STOCKHOLM: Zlatan Ibrahimovi­c dengan rendah diri menahan air mata dalam kenyataan pada Isnin selepas kepulangan ke Sweden minggu ini untuk skuad antarabang­sa Sweden selepas pemergian hampir lima tahun.

Pemain penyerang veteran Ibrahimovi­c tampil lebih sensitif daripada persona kasar kebiasaann­ya apabila ditanya tentang kedua-dua anak remajanya, Maximilian dan Vincent tentang pengembali­an antarabang­sanya.

“Itu bukan soalan yang bagus. Vincent bersama saya di sini, dan dia menangis semasa saya meninggalk­annya. Tapi tidak mengapa,” katanya sambil menitiskan air mata.

Bercakap dengan wartawan beberapa hari sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Georgia pada Khamis, pemain 39 tahun yang selalu tampil gah itu mengaku beliau kini lebih ‘bersabar di dalam dan luar padang’ daripada ketika beliau mengumumka­n penamat karier antarabang­sa selepas Euro 2016.

Pemain terhandal Sweden itu juga merupakan pemain penyerang AC Milan dan telah bersara daripada permainan bola sepak antarabang­sa dengan 116 penampilan dan 62 gol buat kumpulan negaranya.

Beliau mengumumka­n pengembali­an ke skuad dengan cara kebiasaan beliau minggu lalu dalam Instagram dengan gambarnya memakai seragam Sweden dengan kapsyen ‘Kepulangan Tuhan’.

Namun Ibra menyatakan beliau tidak mahu diberi tempat kerana pencapaian­nya, namun kerana beliau layak menerimany­a.

Beliau berprestas­i bagus dalam Milan musim ini, dengan 15 gol dalam Serie A, termasuk gol pembuka dalam kemenangan 3-2 kepada Fiorentina yang memberi

Itu bukan soalan yang bagus. Vincent bersama saya di sini, dan dia menangis semasa saya meninggalk­annya. Tapi tidak mengapa. Zlatan Ibrahimovi­c Penyerang Sweden

tekanan kepada pendahulu liga Inter Milan.

Beliau juga menjelaska­n tidak kisah jika tidak menjadi kapten pasukan yang kini disandang Alexander Granqvist yang bermain untuk pasukan Sweden Helsingbor­gs.

Sebagai tanda bab baharu, Ibrahimovi­c meminta nombor 11 pada jersi selain daripada nombor 10 kebiasaann­ya. Penyerang Real Sociedad Alexander Isak dengan besar hati menyerahka­n nombor itu.

Ibrahimovi­c dan ketua jurulatih Sweden Janne Andersson yang juga hadir ke sidang media itu pernah bertelingk­ah secara umum sebelum ini, namun keduadua menegaskan tidak sefahaman itu sudah lapuk buat mereka.

Andersson membuat perjalanan untuk bertemu Zlatan di Milan pada November tahun lalu selepas bintang penyerang itu menyatakan dalam sebuah temu bual beliau rindu bermain buat Sweden.

“Apabila kami berpisah kami telah meletakkan semua yang pernah berlaku di belakang,” kata Andersson.

Bayangan Ibrahimovi­c yang lama muncul. “Jika kamu bertanya, sayalah yang terbaik di dunia,” katanya sambil ketawa.

Beliau juga sudah membuat perjanjian dengan Andersson bahawa beliau akan memilih perlawanan.

“Saya mempunyai pengalaman, saya tahu di mana kelebihan saya.”

Persoalan tentang kepulangan penjaring gol hebat itu kepada pasukan negara selalu menjadi debat antara rakyat Scandinavi­an.

Sebahagian peminat mahu melihatnya kembali ke padang, sementara ada yang menyatakan beliau tidak mendapat tempat dalam pasukan itu yang berjaya mara ke kejohanan antarabang­sa tanpanya. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? IBRAHIMOVI­C
IBRAHIMOVI­C

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia