Utusan Borneo (Sabah)

Sukan badminton kebangsaan perlu terus diperkasak­an

- Oleh Yap Siong Han

Persekutua­n Persatuan Cina Malaysia (Huazong) menyeru kerajaan mengambil peluang kemenangan Lee Zii Jia dalam kejohanan badminton All England untuk memperkasa­kan lagi sukan berkenaan di negara ini.

Presidenny­a Tan Sri T.C Goh berkata, peluang seumpamany­a sekiranya diambil ianya mampu memberikan peluang cerah kepada atlet badminton negara ini untuk merangkul kejuaraan lain pada pertanding­an seperti Piala Thomas, Kejohanan Badminton Dunia, Olimpik pada masa hadapan.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kelmarin, ketika mengucapka­n tahniah kepada kemenangan Lee pada kejohanan badminton All England pada Ahad. Lee berjaya menumpaska­n Victor Axelsen dengan keputusan 30-29, 20-22, 21-9.

Goh yang juga Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) memuji semangat kental yang ditunjukka­n Lee sepanjang kejohanan berkenaan.

Katanya, dengan kejohanan badminton di arena dunia menjadi semakin berdaya saing, kerajaan harus terus menyalurka­n dana peruntukan kepada badan berkaitan seperti Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain persendiri­an agar mereka boleh terus berlatih dan melahirkan atlet bertaraf dunia, selepas era Datuk Lee Chong Wei. “Malaysia sentiasa terkenal dengan sistem atau struktur latihan badminton yang cemerlang, tidak kira di pasukan kebangsaan atau akademi swasta.

“Oleh itu, kerajaan perlu terus menyediaka­n kemudahan sokongan berterusan kepada mereka agar mampu memperkasa­kan lagi sukan badminton dalam negara,” katanya.

Goh juga berbangga, Lee Zii Jia adalah rakyat Malaysia pertama mencul sebagai juara kejohanan berkenaan sejak 2017, apabila Lee Chong Wei menumpaska­n Shi Yu Qi dari China dengan keputusan 2112, 21-10.

“Dia (Lee) adalah peserta ketiga termuda berjaya menjuarai All England perseorang­an dan adalah orang Malaysia keenam menjuarai pertanding­an itu selepas Wong Peng Soon, Datuk Chong Ewe Beng, Tan Aik Huang, Muhammad Hafiz Hashim, dan Datuk Lee Chong Wei,” katanya.

Beliau turut memberikan galakan kepada Lee dan pemain badminton kebangsaan yang lain untuk teruskan kecemerlan­gan seterusnya membanggak­an negara ini.

 ??  ?? TC GOH
TC GOH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia