Utusan Borneo (Sabah)

PBS mahu kestabilan GRS terus diperkukuh

Demi pastikan agenda pembanguna­n negeri dapat dijayakan

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kestabilan politik amat penting dalam membangunk­an Sabah dan Malaysia keseluruha­nnya.

Keadaan politik Sabah yang dilihat masih stabil turut mendapat pengiktira­fan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melihat pencapaian itu hasil kerjasama politik Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pendirian pemimpin nombor satu negara itu mendapat reaksi positif dalam kalangan pemimpin GRS di negeri ini termasuk beberapa pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS).

Naib Presiden PBS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharram antara pemimpin yang menyokong penuh kerjasama kerajaan GRS dijadikan contoh terbaik di Malaysia.

Katanya, konflik dalam politik perlu diketepika­n dan kerajaan GRS perlu memberikan perhatian penuh dalam membantu rakyat negeri ini.

“Pemimpin harus fokus memberi khidmat kepada rakyat dan ini terbukti semasa rakyat berdepan kesusahan akibat pandemik COVID-19, kerajaan GRS tampil memberikan bantuan kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sementara itu, ADUN Telupid yang juga Penolong Ketua Penerangan PBS Jonnybone J. Kurum berkata, kestabilan politik yang berterusan dapat meyakinkan pelabur asing untuk datang ke Malaysia.

Menurutnya, pelaburan berskala besar dapat menyediaka­n peluang pekerjaan dan mewujudkan kuasa beli rakyat seterusnya menjana ekonomi negara.

“Kita tidak mahu lagi mengheret rakyat untuk terus berpolitik yang sudah tentu amat merugikan kita semua. Kita perlu memberi peluang kepada kerajaan yang ada sekarang untuk terus melaksanak­an agenda pembanguna­n dari pelbagai sudut.

“Rakyat Sabah masih ketinggala­n jauh, kadar kemiskinan masih tinggi dan keadaan infrastruk­tur masih pada tahap yang paling rendah terutama di luar bandar. Inilah yang perlu diperjuang­kan sekarang,” katanya.

Beliau berkata, rakyat sekarang mahu melihat tindakan kerajaan untuk menyelesai­kan masalah yang dihadapi sekian lama dan kerajaan juga harus peka serta cepat bertindak.

Menurutnya, malanglah nasib rakyat sekiranya sekali lagi dipertaruh­kan di gelanggang politik semata-mata untuk memenuhi kelangsung­an hidup parti politik atau pemimpin tertentu.

Katanya, rakyat mengharapk­an supaya kerajaan yang ada sekarang sama ada peringkat Persekutua­n dan negeri dapat diteruskan sehingga habis penggal bagi membolehka­n pelaksanaa­n setiap perancanga­n yang dibuat.

Bagi Pembantu Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat yang juga Ketua Penerangan PBS Datuk Julita Majungki, kerjasama jalinan politik dalam GRS adalah model yang baik tetapi masih ada ruang untuk penambahba­ikan.

ADUN Matunggong ini berkata, sekiranya semua pihak boleh dan sanggup untuk berkorban demi kepentinga­n rakyat, kerjasama seumpamany­a adalah satu jalinan yang terbaik pernah diwujudkan.

“Harapan saya agar kerjasama rapat ini akan membuahkan hasil dalam bentuk pembanguna­n seimbang di seluruh negeri Sabah.

“Selain itu, layanan yang benar-benar saksama kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama khususnya dalam bidang perjawatan perkhidmat­an awam, pemberian biasiswa dan peluang-peluang lain seperti pemberian projek dan pembanguna­n usahawan,” katanya.

Seorang lagi pemimpin PBS iaitu Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Hendrus Anding berkata, setakat ini parti dalam GRS saling hormat-menghormat­i dan bertoleran­si di antara satu dengan yang lain.

ADUN Tandek yang juga Penolong Setiausaha Agung PBS ini berkata, memang benar Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor tidak banyak bercakap soal politik.

Namun katanya, beliau (Hajiji) lebih bekerja keras menyelesai­kan masalah dan pembanguna­n rakyat.

“Kita berharap GRS pada masa hadapan akan terus kukuh dan tidak terpengaru­h dengan perkembang­an politik di Semenanjun­g.

“Sabah masih memerlukan pembelaan yang adil dalam soal kuasa dan pembanguna­n dan negeri ini juga perlukan lebih banyak peruntukan untuk kemajuan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RUSLAN
RUSLAN
 ??  ?? JONNYBONE
JONNYBONE
 ??  ?? JULITA
JULITA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia