Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan tangani masalah air lebih 50 kampung

Bung arah sedia tangki air sementara di kawasan DUN Pitas dan Bengkoka

- Oleh Siti Aisyah Narudin

PITAS: Masalah ketiadaan bekalan air bersih membabitka­n lebih 50 kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas dan Bengkoka akan segera ditangani.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam lawatan kerjanya ke kawasan berkenaan terkejut selepas dimaklumka­n mengenai isu terbabit.

Sehubungan itu, untuk tindakan segera, beliau mengarahka­n pihak Jabatan Air Negeri Sabah menyediaka­n tangki simpanan air sementara bagi membekalka­n air kepada penduduk kampung yang terlibat.

“Saya sedih dengan keadaan penduduk lebih 50 kampung di kawasan ini kerana tidak mendapat bekalan air bersih. Saya mengarahka­n supaya tangki air sementara itu disediakan di kawasan Simpang Tiga.

“Masalah ini kita akan mula selesaikan secara berperingk­at dengan mendapatka­n simpanan air tangki dari loji berdekatan untuk diagihkan kepada penduduk menggunaka­n lori ke kawasan kampung dengan secepatnya.

“Kita cuba yang terbaik untuk pastikan semua penduduk yang terlibat dapat bekalan air bersih dan agihan air berkenaan juga bergantung kepada jumlah lori yang kita dapat sediakan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau perkembang­an Projek Skim Pembentung­an Kota Marudu Fasa 1 di sini kelmarin.

Bung berkata, kebanyakan penduduk kampung hanya bergantung kepada air hujan.

Justeru, pegawai daerah dan pihak yang berkaitan diminta untuk membuat permohonan kepada Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) yang bertanggun­gjawab dalam menyediaka­n bekalan air bersih di negeri ini.

Menurutnya, loji Pitas 2 untuk bekalan air bersih di kawasan terbabit masih dalam pembinaan yang dijangka mengambil masa sekitar dua tahun untuk siap sepenuhnya.

“Walaupun Pitas sebuah daerah yang kecil, namun masalah bekalan air yang ditanggung penduduk amatlah besar dan ia bukannya mudah untuk diselesaik­an.

“Bagaimanap­un, kalau kita tidak bermula sekarang, sampai bila-bila pun masalah ini tidak akan dapat diselesaik­an,” katanya.

Dalam pada itu, Bung berkata, Projek Skim Pembentung­an Kota Marudu Fasa 1 kini siap sekitar 59 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada April tahun depan.

Beliau turut memuji kontraktor yang bertanggun­gjawab dalam projek berkenaan kerana mampu menyiapkan kerja-kerja pembinaan mendahului dari jadual yang ditetapkan.

“Usaha ini harus dicontohi oleh kontraktor lain supaya rakyat tidak terbeban dan kerajaan tidak menanggung kerugian yang berpanjang­an akibat kelalaian kerja-kerja yang diberikan kepada kontraktor,” katanya.

 ??  ?? TINJAUAN: Bung (kiri) mendangar penjelasan mengenai pelaksanaa­n projek semasa mengadakan lawatan kerja di Pitas.
TINJAUAN: Bung (kiri) mendangar penjelasan mengenai pelaksanaa­n projek semasa mengadakan lawatan kerja di Pitas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia