Utusan Borneo (Sabah)

Sastera Etnik Ganna serlah tamadun, legenda dan falsafah hidup

- Oleh Henry Bating

KENINGAU: ‘Sastera Etnik Ganna’ yang memaparkan tamadun bangsa etnik itu kini berada di pasaran untuk memberi maklumat kepada para pengkaji budaya, etnik dan warisan tradisi dalam melihat kerangka ketamaduna­n bangsa di negara ini.

Pengerusi Persatuan Gana Sabah (PGS) Ahmad Razalie Salabin berkata, buku hasil karya cendekiawa­n etnik Ganna Datuk Haji Mohammad Farid Linggi itu amat penting dipelajari masyarakat Ganna.

“Buku setebal 101 halaman itu terdiri daripada lapan bahagian melibatkan kepimpinan masyarakat Gana sebelum merdeka, kisah legenda, amalan dan falsafah hidup etnik berkenaan,” katanya.

Bahagian pertama memaparkan Kepimpinan Masyarakat Ganna Masa Lampau (Sebelum Merdeka).

Bahagian kedua menceritak­an pelbagai Legenda Etnik Ganna yang melibatkan Sejarah Batu Aki Sakalon, Tanduk Pelanduk, Gigi Menisi (Gigi Kilat/ Petir), Kayu Gaharu dan cerita Riwayat Labi-Labi dalam kaitannya dengan masyarakat etnik Ganna yang berakar di Bingkor.

Bahagian ketiga memuatkan tentang Kepercayaa­n Bambayoon (Semangat Padi), Falsafah Memandikan Padi Kerana Tercemar Kesucianny­a (keempat) dan Sejarah Pembanguna­n Etnik Ganna (Sejarah Aki Kulangga - kelima).

Bahagian keenam memberi huraian tentang Seni Sukan Etnik Ganna ‘Tagunggak’, Mukidamah Teknologi ‘Pinaah’ (Perangkap Ikan Skala Besar - ketujuh), Teknologi ‘Kisaran’ (Penggiling Padi Secara Tradisiona­l) dan Proses ‘Mampalu’ (Memproses Sagu) di bahagian kelapan.

Razalie berkongsi kandungan buku berkenaan ketika bertandang ke kediaman Farid di Taman Rakyat Kg Tudan Baru.

Farid, 78, pesara perkhidmat­an Pendidikan telah menghasilk­an pelbagai buku di samping menjadi kolumnis akhbar New Sabah Times sejak 2002.

Sebelum persaraan, Farid merupakan Penolong Pengarah Pendidikan Kanan Negeri Sabah, Penyelaras KBSR Negeri Sabah di bawah Pusat Perkembang­an Kurikulum Kuala Lumpur, Pegawai Pendidikan Bahagian Pantai Barat Selatan (1980-82) dan Pegawai Pendidikan Bahagian Keningau (1982-89).

Sebelum memasuki persaraan wajib, Farid ditempatka­n sebagai Pengetua SMK Mat Salleh Ranau dan kemudian Pengetua SMK Gunsanad Keningau.

Farid yang dilahirkan di Keningau pada 22 Dis 1943 merupakan antara generasi etnik Ganna yang berjaya memperoleh kejayaan cemerlang dalam bidang akademik.

Memulakan persekolah­an di SK Bingkor, kemudian melanjutka­n pendidikan menengah di Maktab Sabah, Kota Kinabalu sehingga memperoleh kelulusan cemerlang peperiksaa­n OSC pada tahun 1964.

Pencapaian tersebut merupakan satu kejayaan yang dianggap sukar pada zaman itu oleh kalangan anak-anak bumiputera tempatan.

Minat dalam bidang pendidikan mendorong Farid memasuki Maktab Perguruan Gaya Kota Kinabalu pada tahun 1965.

Merasakan profesion guru kian mencabar dan memerlukan peningkata­n pendidikan, maka atas usaha gigih, pada tahun 1970 Farid berjaya mendapat biasiswa untuk pengajian peringkat Diploma In The Teaching Of English As A second Language (Dip. TESL) di Universiti Victoria New Zealand.

Berikutnya pada tahun 1979, Farid sekali lagi dihadiahka­n biasiswa Kementeria­n Pendidikan Malaysia untuk pengajian ke Universiti Carbondale Illinois USA. Farid kembali ke tanah air dengan pencapaian akademik Sarjana Sains dalam bidang Pendidikan (M.Sc.Ed), selangkah ke pengajian Ijazah Kedoktoran (Ph.D).

Pencapaian cemerlang Farid berawal dari permulaan sederhana menjadi guru biasa sebelum dilantik menjadi Penolong Kanan Pengetua SMK Putatan (1967-69) dan Penolong Kanan Pengetua SMK Bingkor (1971-73).

Farid kemudian ditugaskan sebagai Pensyarah di Maktab Perguruan Ilmu Khas Cheras, Kuala Lumpur pada tahun 1974, Pensyarah (Ketua Jabatan Bahasa Inggeris) Maktab Perguruan Kent Tuaran (1975-77) dan Penolong Setiausaha Peperiksaa­n Jabatan Pendidikan Sabah (1977-79).

Setakat ini Farid telah menghasilk­an beberapa buku, antaranya ‘Samudera Kemahiran Hidup’ terbit 1994, Kehidupan Dalam Tiga Dimensi , Keluarga Suku Kaum Ganna, WarnaWarni Kehidupan, Dimensi Iman Lambang Keunggulan Islam dan terbaru ‘Sastera Etnik Ganna’.

Buku terbaru menampilka­n gambar kulit siraung bercorak Binangkawo­t, Aki Kulangga bertukar menjadi Haiwan (Mondou) apabila anak angkatnya Mas Dumilliu menganyam siraung berkenaan.

Sebagai penulis produktif, beberapa manuskrip sedang disiapkan iaitu Konsep Islam Sebagi Addin, Samudera Kehidupan, Istiqamah Beribadah Kesempurna­an Hidup Dunia dan Akhirat, Ukhuwah dan Kasih Sayang Melahirkan Tamadun, Mutiara Hidup, Tanam Padi Rumput Turut Tumbuh

Sama Tapi Tanam Rumput Padi Tidak Ikut Tumbuh, Iman dan Takwa Kepada Allah s.w.t Kesempurna­an Hidup Akhirat.

Farid yang kini merupakan Penasihat Persatuan Gana Sabah (PGS) telah dianugerah­kan darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’ pada tahun 2013.

Farid juga dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 2007 Peringkat Pedalaman Sabah dan terpilih sebagai Tokoh Guru Persatuan sempena Perayaan Hari Guru dan Persidanga­n Agung Persatuan Peringkat Negeri Sabah.

Buku Sastera Etnik Ganna dijual dengan harga RM18.00 senaskah boleh didapati di GIYNA’S CAFE, Pusat Jualan Gas Petronas Sandapak Trading di Kg Sandapak Bingkor atau menghubung­i Ahmad di nombor 0195310792.

 ??  ??
 ??  ?? GANA: Ahmad (kiri) bersama Farid.
GANA: Ahmad (kiri) bersama Farid.
 ?? CENDEKIAWA­N: Antara buah karya Farid Linggi. ??
CENDEKIAWA­N: Antara buah karya Farid Linggi.
 ??  ?? BINANGKAWO­T: Buku Sastera Etnik Ganna karya Farid Linggi.
BINANGKAWO­T: Buku Sastera Etnik Ganna karya Farid Linggi.
 ??  ?? FARID LINGGI
FARID LINGGI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia