Utusan Borneo (Sabah)

SABAH TUBUH JAPHEIS CEGAH EKSTREM

Bantu selaras tindakan hal ehwal Islam, perkasa pendidikan agama dan perkukuh perpaduan serta pembanguna­n ekonomi

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Penubuhan Jawatankua­sa Penyelaras­an Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JaPHEIS) antara usaha kerajaan negeri dalam menghalang sebarang tindakan ekstrem yang boleh menimbulka­n kebimbanga­n masyarakat Sabah yang berbilang kaum serta anutan agama.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berharap, JaPHEIS yang baharu ditubuhkan itu mampu menyelaras­kan usaha bagi menangani sebarang tindakan yang berkaitan.

“Kita perlu peka dengan keadaan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang sentiasa mengutamak­an kesederhan­aan dan keharmonia­n.

“Ini juga selari dengan pendekatan Fiqh Sabahi (metodologi dakwah) sebagai konsep yang diamalkan di Sabah,” katanya pada majlis Penyampaia­n Watikah Pelantikan Ahli JaPHEIS di sini semalam.

Hajiji berkata, JaPHEIS bukan sahaja akan mewakili suara umat Islam di negeri ini tetapi juga kerajaan negeri mengenai hal ehwal Islam.

Beliau turut berharap JaPHEIS dapat membantu memperkasa­kan pendidikan Islam, mengukuhka­n perpaduan dan pembanguna­n ekonomi komuniti Islam menerusi institusi zakat, wakaf serta hab halal.

Selain itu katanya, jawatankua­sa berkenaan juga diharap mampu menangani isu-isu yang memberi kesan kepada masyarakat Islam secara umum.

“Antara teras Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) adalah penekanan kepada modal insan. Dalam hal ini, saya berharap pembanguna­n kumpulan modal insan yang berpengeta­huan dan berkemahir­an akan menjadi tumpuan jawatankua­sa ini,” katanya.

JaPHEIS dipengerus­ikan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan ia melibatkan seramai 19 ahli jawatankua­sa yang diputuskan oleh Kabinet negeri pada Disember tahun lepas.

Antara fungsinya adalah bertindak sebagai platform rasmi kerajaan untuk membincang­kan, mempertimb­angkan dan mengurus hal ehwal Islam yang berkaitan dengan negeri ini oleh Jawatankua­sa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

Ia juga akan bertindak sebagai penasihat hal ehwal Islam kepada Ketua Menteri.

Antara Ahli JaPHEIS yang menerima pelantikan termasuk Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar; Ketua Hakim Syarie Sabah Alidin @ Ahmad Din Othman; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Saifulzama­n Sangul; Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah Norjeli Dais; Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali; dan Panglima 5 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid.

 ??  ?? AHLI: Para ahli JaPHEIS yang menerima pelantikan merakamkan kenangan bersama Hajiji (duduk, tengah) pada majlis itu.
AHLI: Para ahli JaPHEIS yang menerima pelantikan merakamkan kenangan bersama Hajiji (duduk, tengah) pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia