Utusan Borneo (Sabah)

SEDCO agensi pertama peroleh Pengiktira­fan Pensijilan ISO ABMS

-

KOTA KINABALU: Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (SEDCO) merupakan agensi pertama menerima Pengiktira­fan Pensijilan MS ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS).

Pengerusin­ya Datuk Rubin Balang berkata, pengiktira­fan itu sudah pasti akan memperkuku­hkan lagi kredibilit­i dan reputasi SEDCO sebagai badan operasi yang bertanggun­gjawab dalam pembanguna­n ekonomi negeri dan usahawan bumiputera.

“Pensijilan ini juga memberi cerminan bahawa SEDCO adalah contoh kepada penyedia perkhidmat­an yang benarbenar mempraktik­kan dan mengaplika­sikan standard sistem pengurusan dalaman yang disyorkan kepada pelanggan.

“Selain itu, ia juga menjadi teras kebanggaan kepada warga SEDCO untuk terus mengekalka­n kualiti penyampaia­n perkhidmat­an serta berintegri­ti tinggi,” katanya dalam Majlis Pensijilan MS ISO 37001:2016 ABMS dan Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Sedco 2019 di sini, pada Selasa.

Dalam majlis sama, Rubin turut menyempurn­akan penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang kepada 25 orang warga SEDCO yang terpilih.

“Anugerah ini adalah penghargaa­n pengurusan dan kerajaan kepada anggota perkhidmat­an awam yang menunjukka­n prestasi cemerlang dalam tugas masing-masing.

“Dalam pada itu, penerima juga dipilih dari kalangan mereka yang mempunyai potensi, karakter dan bakat yang boleh dijadikan model teladan kepada rakan sekerja yang lain,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Karunanity A/L Y.Subbiah, Timbalan Pengerusi SEDCO Datuk Seri Dr Arsit Sedi, Pengurus Besar Kumpulan SEDCO Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir, Peguam Besar Sabah Nor Asiah Mohd Yusof dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah SEDCO. - Penerangan

 ??  ?? IMBAS: Rubin (dua kanan) mengimbas kod QR menggunaka­n telefon pintar sebagai gimik pelancaran sambil diperhati Karunanity (kiri), Saifuddin (kanan), Nor Asiah (dua dari kiri) dan Arsit (tengah).
IMBAS: Rubin (dua kanan) mengimbas kod QR menggunaka­n telefon pintar sebagai gimik pelancaran sambil diperhati Karunanity (kiri), Saifuddin (kanan), Nor Asiah (dua dari kiri) dan Arsit (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia