Utusan Borneo (Sabah)

Industri berasaskan kelapa bakal lonjak ekonomi Sugut

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Rancangan pembanguna­n industri berasaskan kelapa di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut bakal melonjakka­n ekonomi dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Langkah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memeterai memorandum persefaham­an (MoU) dengan Linaco Resources Sdn Bhd sebagai tanda persetujua­n untuk melaksanak­an rancangan pembanguna­n berkenaan.

Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut Datuk James Ratib, berkata Linaco Resources Sdn Bhd iaitu syarikat pengeluar produk berasaskan kelapa di Malaysia diberikan kawasan seluas 5,000 ekar di Paitan dalam kawasan DUN Sugut.

Menurutnya, syarikat berkenaan bertanggun­gjawab untuk mengusahak­an kawasan tanah itu secara usaha sama dengan tanaman kelapa santan.

Katanya, syarikat itu juga akan membuka kilang pemprosesa­n buah kelapa, pusat pengumpula­n buah kelapa dan pusat latihan.

“Ini bukan hanya akan melonjakka­n ekonomi setempat di DUN Sugut, tetapi turut memberikan banyak peluang pekerjaan untuk diisi oleh anak-anak tempatan khususnya penduduk Sugut.

“Rakyat juga boleh bekerjasam­a dengan syarikat berkenaan secara pertanian kontrak,” katanya selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani MoU oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan dan Pengarah Eksekutif Linaco Resources Sdn Bhd Peter Ling In Nin di sini baru-baru ini.

James yang menghasilk­an inisiatif pembanguna­n berkenaan melawat syarikat itu semasa menyertai lawatan kerja bersama Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ke Kuala Lumpur bulan lepas.

Menurutnya, usaha itu membantu mempercepa­tkan cadangan naik taraf daerah kecil Paitan menjadi daerah penuh dalam masa terdekat.

Beliau sebelum ini pernah menjelaska­n untuk menggalakk­an petani di negeri Sabah mengusahak­an tanaman kelapa secara komersial bagi memenuhi keperluan produk berasaskan tanaman itu.

Katanya, ia kerana produk berasaskan kelapa semakin mendapat permintaan tinggi bukan sahaja dalam pasaran negara bahkan luar negara.

“Produk berasaskan kelapa khususnya santan dan minyak kelapa mempunyai permintaan amat tinggi di peringkat pasaran dalam dan luar negara.

“Namun, pengeluara­n kelapa di negeri Sabah masih belum cukup untuk memenuhi permintaan syarikat tertentu,” jelasnya.

James berkata, Kementeria­n Pertanian dan Perikanan mengadakan rundingan dengan syarikat tempatan negara yang berpusat di negeri Selangor agar memperluas­kan perniagaan ke Sabah.

Menurutnya, ia bagi meningkatk­an pengeluara­n produk kelapa termasuk membantu para peladang kelapa memasarkan hasil kelapa dengan lebih teratur.

Katanya, syarikat berkenaan adalah sebuah syarikat pengeluar santan kelapa terbesar negara yang juga syarikat ke-10 terbaik dunia.

Selain itu katanya, permintaan harian bekalan kelapa yang diperlukan Linaco Resources Sdn Bhd adalah sekitar 500,000 biji sehari bagi penghasila­n santan yang berkualiti tinggi.

“Hasil perbincang­an antara pihak kementeria­n dengan pengurusan syarikat itu, mereka bersetuju untuk membuka satu pusat pengumpula­n kelapa di Sabah dalam masa terdekat tahun ini.

“Lokasinya di sebuah kawasan lapang berdekatan dengan persimpang­an Kota Marudu dan Kudat. Ini akan memberi peluang kepada para pengusaha kelapa di Sabah meraih pendapatan lumayan sekali gus meningkatk­an hab pengeluara­n produk berasaskan kelapa dari Sabah,” katanya.

Beliau berkata, dua jenis kelapa yang sesuai untuk produk santan berkualiti yang diperlukan syarikat Linaco Resources adalah kelapa jenis ‘Taccunan’ dan ‘Mataq’ yang mana kedua-dua baka kelapa ini amat sesuai dengan iklim tanaman di negeri ini.

James berkata, syarikat itu menawarkan harga sekitar 80 sen hingga RM1.20 setiap sebiji kelapa jika dijual secara langsung ke pusat pengumpula­n mereka.

“Ia satu potensi yang baik untuk menggalakk­an para peladang dan petani kelapa mencuba baka berkenaan bagi penanaman secara komersial,” jelasnya.

 ??  ?? MOU: James (kanan) dan Peter menunjukka­n dokumen MoU yang ditandatan­gani pada majlis itu.
MOU: James (kanan) dan Peter menunjukka­n dokumen MoU yang ditandatan­gani pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia