Utusan Borneo (Sabah)

Suspek bunuh rakan serumah ditahan bersembuny­i bawah pelepah sawit

- Oleh Yusop Teppo

KINABATANG­AN: Bersembuny­i di bawah timbunan pelepah sawit bagi mengelak dikesan polis, suspek kes bunuh akhirnya ditangkap di Ladang 8, Devision 4 Malangking, dekat sini, petang kelmarin.

Pihak polis turut menemui pedang samurai bersama suspek yang dipercayai digunakan menetak mangsa, Lito Salibat.

Ketua Polis Daerah Kinabatang­an, Superinten­den Dzulbahari­n Haji Ismail berkata, suspek berjaya ditangkap jam 4 petang Selasa ketika bersembuny­i di kawasan ladang berkenaan.

“Usaha mengesan suspek dalam Ops Kesan yang dilancarka­n polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatang­an yang dibantu Unit K9 IPD Lahad Datu dan pekerja Ladang Malangking menjejakny­a dalam tiga hari, akhirnya berjaya menahannya.

“Sebelum ini, seorang saksi memaklumka­n kepada pihak polis bahawa suspek pernah berkunjung ke perumahan pekerja Ladang Malangking untuk meminta makanan jam 1 petang pada Isnin,” katanya.

Beliau berkata saksi menyatakan suspek membawa bersama sebilah pedang samurai.

“Hasil maklumat ini, pihak polis telah meneruskan usaha mengesan suspek di kawasan ladang tersebut,” katanya.

Dzulbahari­n berkata, suspek ditemui bersembuny­i di bawah timbunan pelepah kelapa sawit di ladang berkenaan.

“Semasa ditemui, suspek masih lagi memegang sebilah pedang samurai yang disyaki telah digunakan oleh suspek menetak mangsa,” katanya, sambil menyatakan sebilah pedang samurai berukuran 30 inci telah dirampas.

Katanya, suspek tidak berpakaian dan tidak bertindak agresif ketika ditangkap.

Beliau berkata, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan hasil ujian saringan air kencing didapati negatif.

Dzulbahari­n berkata, suspek kini ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian 5.30 petang Sabtu lepas, suspek yang merupakan rakan serumah mangsa telah menetak mangsa selepas ditegur agar tidak membazir air dalam kejadian di rumah pekerja Ladang Malangking Peringkat 4.

Mangsa yang cedera parah di bahagian perut dikejarkan ke Hospital Kinabatang­an untuk menerima rawatan dan disahkan meninggal dunia jam 10 malam Sabtu.

 ??  ?? TERTANGKAP:Suspekkesb­unuh rakanserum­ahberjayad­itangkap polis ketika bersembuny­i di dalam ladang sawit.
TERTANGKAP:Suspekkesb­unuh rakanserum­ahberjayad­itangkap polis ketika bersembuny­i di dalam ladang sawit.
 ??  ?? SENJATA: Samurai yang dijumpai bersama suspek.
SENJATA: Samurai yang dijumpai bersama suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia