Utusan Borneo (Sabah)

Permohonan peruntukan pembaikan Masjid Nur Islam diperhalus­i

-

KOTA KINABALU: Permohonan peruntukan pembaikan Masjid Nur Islam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah akan diperhalus­i.

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Arifin Mohd Arif, berkata pihaknya akan meneliti permohonan pembaikan menyeluruh masjid tersebut untuk memantapka­n lagi syiar Islam di negeri ini.

“Kita akan memperhalu­si permohonan ini dan berbincang dengan kepimpinan tertinggi berkaitan semua aspek termasuk kos pembaikan dianggarka­n berjumlah RM1,022,502.

“Usaha ini penting bagi memastikan syiar Islam terus berkembang kerana Masjid Nur Islam menjadi tumpuan para tetamu kenamaan dan agensi-agensi kerajaan terutama pada waktu Solat Jumaat.

“Kita difahamkan, masjid ini tidak pernah diselengga­ra hampir 30 tahun menyebabka­n banyak kerosakan seperti kebocoran atap khususnya di ruang utama, kerangka atap yang reput serta struktur luar dan dalam bangunan yang tidak selamat,” katanya selepas melawat tapak masjid berkenaan.

Mengenai lawatan kerja rasminya kepada Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali di sini, Arifin memaklumka­n, ia bagi menjalinka­n kerjasama dalam bidang dakwah menerusi Bahagian Agama dan Kaunseling (Baka) Polis Sabah.

“Polis merupakan salah satu agensi yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsung­an dakwah Islam di Sabah.

“Menjadi tanggungja­wab mereka (Polis) untuk memastikan keamanan dalam negeri terkawal supaya masyarakat dapat hidup dalam harmoni,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Tetap Menteri Tugas-Tugas Khas, Sapdin Ibrahim, Pengarah Jakim Sabah, Norjeli Dais dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Islam Jheains, Mohamad Sidik Awang Adi. — Penerangan.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Arifin (dua dari kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Hazani sempena kunjungan itu.
CENDERAMAT­A: Arifin (dua dari kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Hazani sempena kunjungan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia