Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda STAR sokong pengiktira­fan Muhyiddin terhadap GRS

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Pengiktira­fan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap kerjasama politik Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendapat sokongan anak-anak muda Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Ketua Pemuda STAR yang juga Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Rizal Johari menyokong penuh pendirian pemimpin nombor satu negara itu yang menjadikan GRS sebagai contoh terbaik jalinan kerjasama politik di Malaysia.

“Kami anak-anak muda STAR amat berbangga pengiktira­fan yang diberikan oleh Perdana Menteri atas usaha kerajaan GRS yang bersatu padu dan bersefaham­an dalam mentadbir kerajaan negeri.

“Slogan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilaungkan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dalam kerjasama jalinan politik kerajaan GRS adalah contoh terbaik di seluruh negara,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata, sebahagian besar rakyat Sabah memberikan kepercayaa­n kepada kerajaan GRS.

Menurutnya, keadaan masa kini agak terkawal dan kerajaan lebih fokus dalam membangunk­an ekonomi negeri.

Rizal berkata, usaha itu dapat dilihat dengan kemasukan pelaburan asing yang memeterai perjanjian persefaham­an (MoU) dengan agensi kerajaan negeri baru-baru ini.

Dalam pada itu katanya, komitmen pemimpin negeri ini kepada rakyat antaranya untuk memastikan wabak COVID-19 dapat dikawal.

“Kerajaan turut berusaha dalam penyediaan infrastruk­tur dan perkhidmat­an yang diperlukan terutama kepada penduduk luar bandar selain membina keyakinan pelabur untuk melabur di Sabah.

“Matlamat kita bukan setakat untuk memastikan ekonomi Sabah mampu bertahan, tetapi dapat berkembang dengan pesat,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua rakyat Sabah untuk bersatu dengan kerajaan GRS dan bersama-sama menjadikan 2021 sebagai tahun yang berjaya.

 ??  ?? RIZAL
RIZAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia