Utusan Borneo (Sabah)

No’man Ahmad Presiden PPUMS baharu

-

KOTA KINABALU: Ketua Pegawai Operasi Bayu Prima Resources, anak syarikat Universiti Malaysia Sabah (UMS) No’man Ahmad dipilih untuk menerajui Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesiona­l UMS (PPUMS) bagi sesi 2021/2023.

Beliau dipilih sebagai Presiden PPUMS selepas satu sesi pemilihan Majlis Tertinggi PPUMS Sesi 2021/2023 yang diadakan secara dalam talian berlangsun­g selepas pe-rasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPUMS Kali Ke-15 yang berlangsun­g di Galeri Majlis, Bangunan Canselori UMS baru-baru ini.

Dengan pemilihan itu, No’man menggantik­an Timbalan Bendahari Kanan Mohamad Edrus Othman yang menerajui persatuan itu sejak 2019.

Turut mengisi jawatan Majlis Tertinggi PPUMS bagi sesi 2021/2023 adalah Timbalan Pendaftar Kanan Tuan Haji Firdaus Abdullah yang terpilih sebagai Timbalan Presiden, Penolong Pendaftar Kanan Mohammad Wazir Shafie Aliasah sebagai Setiausaha Agung, Penolong Pendaftar Kanan Syed Mohd Mahyuddin Syed Satri sebagai Pemangku Penolong Setiausaha, dan Penolong Bendahari Atika Shaifuddin sebagai Pemangku Bendahari.

Terdahulu, Naib Canselor UMS Prof. Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan itu berkata, adalah harapan pihak pengurusan universiti agar barisan kepimpinan yang dipilih mampu memikul tanggungja­wab dengan penuh amanah dan berdedikas­i.

“Semoga kepimpinan baharu ini akan memberikan idea-idea baharu, di samping meneruskan aktiviti sedia ada yang bermanfaat serta dapat memberikan nilai tambah terbaik kepada semua ahlinya.

“Ini termasukla­h kepelbagai­an aktiviti yang boleh disertai oleh semua ahli dan tidak terhad kepada sebilangan individu sahaja terutamany­a dalam situasi perubahan dunia kini,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Edrus memaklumka­n PPUMS telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk dimanfaatk­an bersama semua ahli yang merangkumi aspek peningkata­n profesiona­lisme, kemahiran, kebajikan ahli serta rekreasi serta ukhuwah dan persefaham­an.

“Walaupun terpaksa mengharung­i cabaran dalam melawan pandemik COVID19 sepanjang tahun 2020 dan dilanjutka­n sehingga kini, PPUMS sentiasa sedaya upaya menyediaka­n pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan melalui platform atas talian, antaranya siri PPUMS Stay @ Home selari dengan situasi semasa yang dihadapi.

“Melalui program sumbangan COVID-19: PPUMS Prihatin juga persatuan telah menghulurk­an bantuan kepada ahli-ahli yang terjejas) bagi meringanka­n beban kakitangan yang terkesan akibat pandemik ini,” katanya.

Turut hadir pada mesyuarat agung tahunan itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS Prof. Madya Dr. Raman Noordin, Pendaftar UMS Luqman Ridha Anwar, Bendahari UMS Zallifah Shadan, Ketua Pustakawan UMS Tuan Haji Zawawi Tiyunin, serta wakil Persatuan Staf Akademik Universiti Malaysia Sabah (PSAUMS) dan Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia Sabah (KEKAUMAS).

 ??  ?? ALBUM: Taufiq (tiga dari kanan) bersama-sama pegawai utama UMS merakamkan gambar bersama ahli-ahli PPUMS yang hadir secara fizikal pada mesyuarat agung tahunan PPUMS.
ALBUM: Taufiq (tiga dari kanan) bersama-sama pegawai utama UMS merakamkan gambar bersama ahli-ahli PPUMS yang hadir secara fizikal pada mesyuarat agung tahunan PPUMS.
 ??  ?? PENGHARGAA­N:Taufiq (tengah) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Edrus.
PENGHARGAA­N:Taufiq (tengah) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Edrus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia