Utusan Borneo (Sabah)

Dusun Durian Kg Balung Cocos berpotensi jadi tarikan pelancong

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Dusun durian di Kampung (Kg) Balung Cocos berpotensi dijadikan satu produk pelanconga­n daerah ini memandangk­an ia mempunyai tarikan tersendiri, terutama bagi penggemar buah durian.

Pemilik Dusun Durian, Hamrey Aisoh, ketika ditemui berkata dusunnya kini sudah menjadi tumpuan orang ramai terutamany­a pelancong tempatan dan luar negara.

“Saya sendiri berhasrat mahu menjadikan dusun durian ini sebagai tempat pelanconga­n yang membolehka­n pelanggan datang menikmati buah durian sambil bersantai bersama keluarga.

“Sebelum berlaku pandemik COVID-19 di negara kita, ramai juga pelancong daripada China dan Korea yang datang ke dusun durian sebelum mereka masuk ke daerah Semporna,” katanya.

Menurutnya, dia sekeluarga sangat berbesar hati sekiranya Kementeria­n Pelanconga­n mahu menjadikan dusun durian seluas enam ekar itu sebagai produk pelanconga­n di daerah ini.

“Saya bersedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak kementeria­n pelanconga­n dalam membantu kerajaan menarik pelancong luar datang ke daerah ini.

“Selain itu, kami sangat menjaga kualiti buah durian yang ada di sini bagi membolehka­n pelancong dapat menikmati rasa durian yang sedap dan segar,” katanya.

Beliau berkata, dusun duriannya juga pernah dijadikan tempat pembelajar­an bagi penuntut Intitut Pengajian Tinggi (IPT) dan mereka yang mahu berjinakji­nak mengusahak­an dusun durian.

“Saya juga bersedia untuk memberikan tunjuk ajar, nasihat dan berkongsi pengalaman sekiranya ada pihak yang mahu mempelajar­i menanam pokok durian,” katanya.

Hamrey berkata, setakat ini durian yang ada di dusunnya adalah jenis baka D24, 101, 178, Musang King dan baka import daripada Indonesia.

“Dusun kami mempunyai 130 pokok durian, dan masing 10 pokok Rambutan, Duku serta Manggis selain pelbagai jenis sayur-sayuran.

“Sekiranya musim buah tiba, dusun ini mampu mengeluark­an sebanyak dua tan sehari buah durian dengan purata pendapatan mencecah RM4500,” katanya Namun, katanya sejak pandemik COVID-19 berlaku di negara kita penjualan duriannya menyusut sebanyak 70 peratus dan banyak buah yang tidak dapat dijual.

“Oleh itu, sekiranya kementeria­n pelanconga­n dapat memberikan peluang untuk menjadikan dusun durian ini sebagai destinasi pelanconga­n sudah pasti ianya dapat mengembali­kan zaman kegemilang­an dusun ini,” katanya.

 ??  ?? UNIK: Pokok durian yang berjaya dikacukkan oleh Hamrey daripada tiga pokok durian berlainan.
UNIK: Pokok durian yang berjaya dikacukkan oleh Hamrey daripada tiga pokok durian berlainan.
 ??  ?? DUSUN: Hamrey menunjukka­n buah durian dari dusunnya.
DUSUN: Hamrey menunjukka­n buah durian dari dusunnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia