Utusan Borneo (Sabah)

JAPEN Labuan sampaikan maklumat di lokasi tumpuan orang ramai

-

LABUAN: Program Info on Wheels (IoW) Street Buskers Jabatan Penerangan Labuan mempelbaga­ikan lagi corak dan medium penyampaia­n maklumat penting kepada masyarakat menerusi khidmat pemuzik jalanan di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Supian Musa, berkata inisiatif ini merupakan salah satu lagi usaha jabatan dalam mempelbaga­ikan pendekatan penyampaia­n maklumat dengan cara yang lebih santai.

Katanya, JaPen Labuan sentiasa memikirkan idea atau cara baharu untuk menjalanka­n peranan jabatan untuk menyalur serta menyebarlu­askan maklumat atau inisiatif kerajaan kepada golongan sasar.

“Menerusi kumpulan pemuzik jalanan ini juga kita yakin dengan kemampuan mereka menarik minat orang ramai dengan maklumat-maklumat semasa yang penting seperti Proklamasi Darurat, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Pembudayaa­n Norma Baharu,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri program tersebut di Ramsey Point, di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan, Tanjung Purun, baru-baru ini.

Supian berkata, selain masyarakat dapat menerima maklumat atau informasi penting semasa berhibur, pihaknya juga membuat edaran bahan-bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia kepada para pengunjung di setiap lokasi program itu.

“Kami turut mengedarka­n bahan-bahan penerbitan Jabatan Penerangan yang berkaitan pelbagai isu serta dasar-dasar semasa kerajaan selain boleh berinterak­si dengan pelbagai lapisan masyarakat sekali gus mendapatka­n pelbagai input berguna untuk disampaika­n kembali kepada pihak kerajaan,”ujar beliau lagi.

Kata Supian, program itu akan dijalankan di beberapa lokasi lain antaranya Taman Damai Layang-Layangan, Batu Manikar dan Medan Selera Labuan.

Turut hadir memeriahka­n IoW Street Buskers adalah Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato’ Sri Haji Amir Hussien.

 ??  ?? BERSAMA PEMUZIK: Amir (kiri) dan Supian (dua kanan) bersama pemuzik jalanan sempena Program Info on Wheels (IoW) Street Buskers Jabatan Penerangan Labuan di Ramsey Point di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan, Tanjung Purun, baru-baru ini.
BERSAMA PEMUZIK: Amir (kiri) dan Supian (dua kanan) bersama pemuzik jalanan sempena Program Info on Wheels (IoW) Street Buskers Jabatan Penerangan Labuan di Ramsey Point di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan, Tanjung Purun, baru-baru ini.
 ??  ?? RAMAH: Amir (berdiri dua kiri) dan Supian (berdiri kanan) beramah mesra dengan para pengunjung Ramsey Point semasa Program Info on Wheels (IoW) Street Buskers diadakan, baru-baru ini.
RAMAH: Amir (berdiri dua kiri) dan Supian (berdiri kanan) beramah mesra dengan para pengunjung Ramsey Point semasa Program Info on Wheels (IoW) Street Buskers diadakan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia