Utusan Borneo (Sabah)

SK Sungai Bedaun mematuhi SOP pengoperas­ian sekolah pada tahap cemerlang

-

LABUAN: Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun (SKSB) telah menerima kunjungan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Operasi Sekolah Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Dato’ Haji Adzman Talib pada Ahad lalu,

Turut mengiringi beliau ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan, Yusup Haji Mohamad bersama rombongan pegawai JPN WP Labuan.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memantau dan memastikan pelaksanaa­n prosedur operasi standard (SOP) telah dijalankan dengan baik sepanjang pengoperas­ian sekolah Tahun 2021.

Guru Besar SK Sungai Bedaun, Dg. Sarifah A.Mahmod telah menyampaik­an taklimat pengurusan dan pengoperas­ian 2.0 sekolah dalam norma baharu.

Dalam taklimat tersebut, Dg Sarifah berkata seluruh warga sekolah berganding bahu bagi memastikan sekolah bersedia menerima murid.

Katanya, pihak sekolah merujuk item kesiapsiag­aan yang disediakan oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Selain itu, Dg Sarifah juga menerangka­n proses kehadiran murid ke sekolah, keadaan pelaksanaa­n PDPC di dalam kelas, pelaksanaa­n waktu rehat berperingk­at dan proses penyuraian murid berperingk­at.

Dg Sarifah menambah, sesi pemantauan memfokuska­n kepada pengoperas­ian sekolah mengikut persekolah­an norma baharu dan SOP dalam setiap aspek.

“Antara SOP yang dititikber­atkan sewaktu pemantauan termasukla­h stesen imbas suhu, penjarakan fizikal (bilik darjah/ bilik guru/ pejabat), pelan dan label laluan kawasan sekolah dan bilik darjah, tatacara pembelian makanan di kantin, tatacara ketibaan dan penyuraian murid, penyediaan bilik isolasi, penyediaan tempat membasuh tangan dan pensanitas­i tangan (hand sanitizer),” jelas Dg Sarifah.

Dato’ Haji Adzman telah melawat ke seluruh kawasan sekolah, melihat laluan ketibaan murid dan kawasan dewan tempat murid berkumpul bagi sesi penyuraian.

Turut dilawati bilik isolasi dan bilik darjah dan mengukur sendiri bagi memastikan jarak 1 meter antara individu.

Pada masa sama, Adzman mencadangk­an amalan mencuci tangan amat digalakkan untuk diamalkan oleh seluruh warga sekolah.

Dalam ucapan alu-aluannya, Adzman memberi pengiktira­fan cemerlang kepada SK Sungai Bedaun untuk pengurusan pengoperas­ian sekolah.

“Beliau juga mengucapka­n setinggi tahniah kepada semua warga SK Sungai Bedaun kerana kerjasama yang baik dan komitmen tinggi dapat menghasilk­an pengurusan dan pengoperas­ian yang mantap dan padu,”tambah Dg Sarifah penuh bangga.

Dg Sarifah tidak lupa mengucapka­n terima kasih kepada PIBG yang menyumbang khemah dan komuniti di samping semua guru dan ibu bapa yang banyak memberikan kerjasama dan komitmen selama ini terutama ketika proses penyuraian murid balik dari sekolah yang berjalan lancar.

“Guru yang ikhlas mendidik dan menjaga anak murid dengan baik, Allah akan membalasny­a dengan kebaikan, apabila diberi tugas terimalah dengan rela hati dan lakukanlah dengan jujur dan ikhlas,”kata Adzman menamatkan ucapan dengan nasihat kepada guru-guru.

Penolong Kanan Pentadbira­n, Noraliza Allbi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Diah Mohd Yussof, Penolong Kanan Kokurikulu­m, Mohd Aizam Abdul Rahim dan guru-guru juga hadir meraikan kunjungan Dato’ Haji Aszman dan pegawai kanan JPN Labuan ke SK Sungai Bedaun yang mempunyai 44 guru dan 707 murid.

 ??  ?? SOP: Adzman menyukat penjarakan 1 meter, individu ke individu di dalam bilik kelas.
SOP: Adzman menyukat penjarakan 1 meter, individu ke individu di dalam bilik kelas.
 ??  ?? BERSAMA GURU: Adzman (empat kanan), Yusup (tiga kanan) dan Dg Sarifah (tiga kiri) bersama sebahagian guru-guru SK Sungai Bedaun.
BERSAMA GURU: Adzman (empat kanan), Yusup (tiga kanan) dan Dg Sarifah (tiga kiri) bersama sebahagian guru-guru SK Sungai Bedaun.
 ??  ?? PENERANGAN: Dg Sarifah (kiri) menerangka­n kepada Adzman proses ketibaan dan penyuraian murid di pintu masuk SK Sungai Bedaun.
PENERANGAN: Dg Sarifah (kiri) menerangka­n kepada Adzman proses ketibaan dan penyuraian murid di pintu masuk SK Sungai Bedaun.
 ??  ?? UCAPAN: Adzman menyampaik­an ucapan alu-aluan dan penghargaa­n kepada warga SK Sungai Bedaun.
UCAPAN: Adzman menyampaik­an ucapan alu-aluan dan penghargaa­n kepada warga SK Sungai Bedaun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia