Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan air terawat untuk penduduk Ulu Roban, Saratok

Projek Penyambung­an Bekalan Air Terawat ke Ulu Roban dalam proses pelantikan konsultan, ditender suku pertama 2022

-

KUCHING: Projek Penyambung­an Bekalan Air Terawat ke kawasan Ulu Roban, Saratok dalam proses pelantikan konsultan dan dijangka ditender pada suku pertama 2022.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ali Biju berkata, pembinaan projek berkenaan yang melibatkan peruntukan RM14.3 juta itu telah diluluskan Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) pada Januari 2021 dan akan dilaksanak­an di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Projek ini telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke12 dan dibiayai kerajaan persekutua­n melalui KPLB dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak sebagai agensi pelaksana.

“Skop kerja projek ini adalah seperti pemasangan paip pelbagai saiz sepanjang 14 kilometer, (pembinaan) sebuah kolam takungan, sebuah stesen penggalak dan kerja-kerja yang berkaitan,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Ali yang juga Ahli Parlimen Saratok berkata, projek berkenaan apabila siap nanti akan membekalka­n air kepada penduduk di enam rumah panjang yang belum menikmati kemudahan asas tersebut.

“Pada 26 Februari lalu, saya telah mengadakan lawatan rasmi ke Kementeria­n Utiliti Sarawak.

“Pada sesi lawatan tersebut, taklimat terperinci tentang projek-projek bekalan air di kawasan Parlimen Saratok, khususnya di Ulu Roban telah diberikan Datuk Alice Jawan (Setiausaha Tetap Kementeria­n Utiliti Sarawak) bersama pegawai-pegawai kanan kementeria­n itu termasuk JBALB Kuching dan Betong.

“Jutaan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak

Projek ini telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan dibiayai kerajaan persekutua­n melalui KPLB dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak sebagai agensi pelaksana. Datuk Ali Biju Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

yang sentiasa menyokong dan menjaga pembanguna­n infrastruk­tur di kawasan Parlimen Saratok.

“Saya akan memantau perkembang­an projek ini dari semasa ke semasa,” kata Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian.

 ??  ?? PENERANGAN: Ali (kanan) ketika mendengar taklimat mengenai Projek Penyambung­an Bekalan Air Terawat ke kawasan Ulu Roban, Saratok daripada Alice (dua kanan).
PENERANGAN: Ali (kanan) ketika mendengar taklimat mengenai Projek Penyambung­an Bekalan Air Terawat ke kawasan Ulu Roban, Saratok daripada Alice (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia