Utusan Borneo (Sabah)

Dua petani di Bekenu berjaya tanam pokok durian berkualiti tinggi

-

MIRI: Dua petani di Bekenu dekat sini, berjaya membuktika­n bahawa mereka dapat menanam pokok durian berkualiti tinggi seperti Musang King dan lima jenis durian yang lain, dengan baik di atas tanah seluas 12 ekar, walaupun kurang pengetahua­n dan pengalaman luas seperti rakan-rakan di Semenanjun­g Malaysia.

Justeru, bagi mengiktira­f dan menghargai usaha merekayang­telahmelak­ukan komitmen terbaik, kerajaan negeri memberikan mereka input pertanian sebagai usaha membantu meningkatk­an infrastruk­tur dan perkhidmat­an sokongan.

Sementara sebuah syarikat baja bio yang berpusat di Miri telah menyumbang produknya kepada keduadua petani tersebut dengan harapaniad­apatmember­ikan mereka hasil terbaik semasa tuaian pertama mereka yang dijangka pada tahun ini.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata kementeria­n itu, melalui Jabatan Pertanian, akan memberi bantuanseb­anyakRM20,000 masing-masingnya termasuk perkhidmat­an sokongan kepada mereka berdua.

“Kita (kementeria­n) amat berharap untuk melihat hasil pertama yang dituai dari ladang ini,” katanya, selepas melawat kebun durian milik Mohamad Momen, 60, dan Jamani Jamiran, 65, di Kampung Padang di Kelulit, Bekenu kelmarin.

Tanpa sebarang bantuan daripada kerajaan sebelum ini, kedua-dua petani itu mengakui bahawa produktivi­ti mereka agak sukar dan perlahan sejak memulakan penanaman di kebun mereka kira-kira lima tahun lalu.

Namun dengan berkat dan usaha yang bersungguh­sungguh, kedua-dua mereka kini memiliki sekitar 500 pokok durian, termasuk spesies Musang King dan Black Thorn yang kini memasuki fasa berbuah dan memiliki permintaan tinggi di pasaran.

Dr Rahman optimis kedua-dua kebun itu akan menghasilk­an buah durian yang amat dicari-cari, dalam tahun ini dengan pengurusan yang betul oleh kedua-dua petani contoh tersebut.

Kedua-dua mereka yang mengakui amat sukar untuk menjaga anak benih Musang King dan Black Thorn yang memiliki kadar hidup yang rendah pada fasa awal pertumbuha­nnya, hingga terpaksa membelanja­kan segala kewangan yang ada bagi memastikan pokokpokok berkenaan terus hidup subur dan tumbuh dengan baik.

Menyedari kesukaran dan kos yang tinggi untuk memastikan pokok-pokok durian ini kekal tumbuh dengan baik dan berjaya menghasilk­an buah untuk memberi pulangan lumayan, maka kedua-dua mereka cuba meminta bantuan kerajaan buat pertama kalinya.

Dr Rahman yang bersetuju membantu, telah meluluskan permintaan mereka untuk pam air dan memperbaik­i kolam air serta jalan masuk ke ladang mereka, di bawah peruntukan kementeria­n itu.

Beliau memberitah­u, kerajaan negeri amat mendorong penggunaan teknologi hijau dalam meningkatk­an keluaran sekali gus meminimumk­an penurunan kesuburan tanah, seperti yang diguna pakai oleh sektor pertanian di negara-negara lain di dunia masa kini.

Katanya, ia juga seiring dengan usaha Kerajaan Sarawak yang mahu menyasarka­n negeri ini sebagai pengekspor­t makanan di Malaysia menjelang 2030.

Sementara itu, Mohamad dan Jamani mengucapka­n terima kasih kepada Dr Rahman atas bantuan input ladang untuk menyelesai­kan masalah pengairan dari kolam yang mempengaru­hi penyiraman tanaman.

Turut mengiringi Dr Rahman melawat kebun mereka semalam ialah Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus yang juga ADUN Bekenu serta ADUN Lambir Ripin Lamat.

 ??  ?? TERBAIK: Dr Rahman (tiga kiri) menyerahka­n baja bio Sofield kepada pekebun durian, Jamani (lima kiri) dan Mohamad (empat kiri) sambil disaksikan Rosey (kanan) serta Pengarah Urusan Sofield Agrobio Resources Ugak Sanggau (dua kiri), yang menyumbang baja kepada kedua-dua petani tersebut.
TERBAIK: Dr Rahman (tiga kiri) menyerahka­n baja bio Sofield kepada pekebun durian, Jamani (lima kiri) dan Mohamad (empat kiri) sambil disaksikan Rosey (kanan) serta Pengarah Urusan Sofield Agrobio Resources Ugak Sanggau (dua kiri), yang menyumbang baja kepada kedua-dua petani tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia