Utusan Borneo (Sabah)

Andy Jong terus diberi mandat menerajui NSJA

-

MIRI: Ketua wartawan Sin ChewDailyN­ews,AndyJong sekali lagi diberikan mandat untuk kekal menjawat jawatan presiden Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA) bagi penggal 20212022.

Pelantikan Andy ke jawatan itu telah diumumkan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan Pelantikan Ahli Jawatankua­sa Bagi Penggal 2021-2022 persatuan itu yang berlangsun­g di sini semalam.

Andy yang menjadi presiden NSJA sejak 2017 telah mendapat sokongan sebulat suara daripada ahli yang hadir.

Turut mengekalka­n jawatan sama sebagai naib presiden bagi penggal baharu ini ialah Rosemaria Buma daripada Utusan Borneo.

Empat ahli Exco yang turut dipilih pada mesyuarat itu terdiri daripada Michelle Choo sebagai setiausaha, Mohd Aliff Idzwan Abdullah (penolong setiausaha), Chai Chon Chin (bendahari) dan Esther Ching (penolong bendahari).

Manakala sembilan ahli jawatankua­sa lain yang turut dipilih terdiri daripada Cindy Lai Pek Sian (Borneo Post), Lee Cheng Choi (See Hua Daily News), Huang Ung Key (See Hua Daily News), Catherine Igang (RTM), Noriza Jau (RTM), Alan Yong (Sin Chew Daily News), Liew Li Mui (United Daily News), Margaret Ringgit (New Sarawak Tribune) dan Liong Chai Ling (Utusan Sarawak).

Sementara Rick Wong daripada See Hua Daily News dipilih sebagai juruaudit untuk penggal baharu ini.

Terdahulu dalam ucapan perasmiann­ya, Andy memberitah­u bahawa NSJA telah menganjurk­an pelbagai aktiviti sepanjang tahun lalu walaupun dilanda pandemik COVID-19.

“NSJA telah mengadakan banyak program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) tahun lalu yang telah menerima banyak maklum balas positif daripada masyarakat.

“Selain itu, NSJA juga telah mengambil inisiatif melaksanak­an projek CSR yanglainse­pertimewuj­udkan ikon untuk bandar raya Miri dengan slogan ‘Sayangi Miri’ sebagaiman­a yang telah diumumkan pada majlis makan malam jamuan ulang tahun ke-45 NSJA tahun lalu,” ujarnya.

Katanya, projek membangunk­an ikon itu akan menelan belanja RM45,000 dan dana untuk projek berkenaan telah berjaya dikumpul namun terpaksa ditangguhk­an tahun lalu disebabkan pandemik COVID-19.

Sehubungan itu, Andy berharap projek tersebut dapat dilaksanak­an pada tahun ini agar ia dapat memberi impak yang besar kepada sektor pelanconga­n tempatan.

 ??  ?? KOMITED: Andy (tengah depan) bergambar bersama ahli Exco dan ahli jawatankua­sa NSJA yang baharu dipilih bagi penggal baharu 2021-2022 pada AGM yang berlangsun­g di sebuah hotel di Miri semalam.
KOMITED: Andy (tengah depan) bergambar bersama ahli Exco dan ahli jawatankua­sa NSJA yang baharu dipilih bagi penggal baharu 2021-2022 pada AGM yang berlangsun­g di sebuah hotel di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia