Utusan Borneo (Sabah)

Usaha bijak bangun ekonomi penduduk luar bandar

Sebaik siap, 11 jambatan utama, jalan raya akan beri manfaat kepada 65 peratus rakyat di kawasan pesisir

-

KUCHING: Pembinaan 11 jambatan utama dan jalan raya merupakan usaha bijak Kerajaan Sarawak untuk membuka dan membangunk­an ekonomi penduduk di kawasan luar bandar pesisir negeri ini.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos berkata sebaik siap sepenuhnya kelak, projek infrastruk­tur mega dengan kos RM11 bilion itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 65 peratus rakyat yang mendiami kawasan pesisir.

“Ini adalah satu projek rakyat dengan perbelanja­an besar yang dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri demi masa depan rakyat terutama mereka yang mendiami kawasan pesisir.

“Sebagai rakyat Sarawak, saya mesti mengatakan bahawa Kerajaan Sarawak melaksanak­an usaha yang tepat untuk membina jambatan dan jalan raya pesisir ini.

“Jika kita tidak membangunk­an Sarawak sekarang termasuk utiliti asas lain seperti bekalan air dan elektrik, bila lagi kita mahu lakukannya?” kata Minos menerusi kenyataan.

Tambah Minos, kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sangat bijak dalam mengumpul dana bagi Sarawak untuk tujuan pembanguna­n.

Sarawak katanya, juga tidak perlu mendengar suara sumbang daripada mereka yang hanya bijak mengkritik tetapi tidak berbuat apa-apa untuk pembanguna­n rakyat dan negeri ini.

“Kemudahan jambatan dan jalan raya sangat diperlukan rakyat. Langkah seterusnya adalah sangat baik sekiranya utiliti yang sama dilaksanak­an di kawasan pedalaman yang lain jika ada sumber kewangan.

“Sarawak sangat memerlukan sistem perhubunga­n yang baik sama seperti di Semenanjun­g Malaysia di mana pendudukny­a mudah bergerak dari satu tempat ke satu tempat lebih-lebih lagi dalam menjalanka­n perniagaan,” ujarnya.

Dalam pada itu Abang Johari ketika majlis pecah tanah Jambatan Batang Lupar, kelmarin berkata kira-kira RM11 bilion dibelanjak­an bagi pembinaan 11 jambatan dan jalan raya sepanjang 894 kilometer ini yang bakal mengubah landskap sosioekono­mi kawasan pesisir.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing pula berkata jambatan dan jaringan jalan pesisir ini sangat penting kerana kira-kira 65 peratus daripada 2.9 juta penduduk Sarawak mendiami kawasan pesisir.

Semua jambatan ini merangkumi Jambatan Batang Rambungan, Jambatan Sejingkat, Jambatan Sungai Krian, Jambatan Batang Lupar 1 dan Batang Lupar 2, Jambatan Batang Rajang, Jambatan Batang Paloh, Jambatan Muara Lassa, Jambatan Batang Igan, Jambatan Bintulu-Jepak dan Jambatan Saribas.

Ini adalah satu projek rakyat dengan perbelanja­an besar yang dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri demi masa depan rakyat terutama mereka yang mendiami kawasan pesisir. Datuk Peter Minos Pengerusi MPKS

 ??  ?? PETER MINOS
PETER MINOS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia