Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Pengisytih­aran Konvokesye­n Ke-23 Sarawak Skills, i-CATS dalam norma baharu

-

MIRI: Sarawak Skills dan Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (iCATS) Cawangan Miri serta Sarawak Skills Cawangan SAVTI mengadakan Majlis Pengisytih­aran Konvokesye­n Ke-23 secara janji temu selama tiga hari bermula Isnin lalu dan berakhir semalam.

Seramai 73 graduan hadir bagi merasai pengalaman majlis konvokesye­n secara janji temu yang diadakan di kampus Sarawak Skills dan i-CATS Cawangan Miri di Lutong, di sini.

Secara keseluruha­n, seramai 142 graduan program sijil dan diploma berjaya menamatkan pengajian di Sarawak Skills dan i-CATS Cawangan Miri terdiri daripada 16 orang program Pearson BTEC Tahap 5 Higher National Diploma (HND) dalam Kejurutera­an Elektrikal dan Elektronik, Diploma Pentadbira­n Perniagaan (13), Diploma Pengurusan Perladanga­n (13), Sijil Kejurutera­an Elektrikal dan Elektronik (tujuh).

Selain itu, Operasi Sistem Komputer (tujuh), Penyeliaan Pengurusan Pejabat (20), Sokongan Sistem Kejurutera­an Automasi Industri (14), Pemasangan dan Penyelengg­araan Elektrik – Tiga Fasa (42) dan Troublesho­oting, Pembaikpul­ihan dan Penyelengg­araan Peralatan Elektronik (10).

Di samping itu, seramai 49 graduan Penyeliaan dan Operasi Penanaman Kelapa Sawit berjaya menamatkan pengajian di Sarawak Skills Cawangan SAVTI.

Majlis konvokesye­n secara janji temu kali ini turut menyaksika­n seramai lapan pelajar menerima Anugerah Industri dan dua pelajar menerima Anugerah Presiden.

Mereka yang menerima anugerah daripada industriin­dustri tersebut ialah Kiew Xiao Jie (Sarawak Energy Berhad), Jennifer Ng Sing Yee (Yayasan Sarawak), Ed Fendy Edgar (Konsortium Bumi Consultant­s & Services Sdn Bhd), Mohammad Izzat Izahar Haniff Ariffin (Murata Toko Electronic (Sarawak) Sdn Bhd), Shanira Zakaria (Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak) Muhammad Farid Fadlullah Abdullah (Trac-Wheels (M) Sdn Bhd), Mohamad Nazrie Mohamad (SEB) dan Johanes Cevik Ngedun (Samling Group of Companies).

Manakala dua pelajar iCATS Miri yang mendapat Anugerah Presiden ialah bagi kategori teknikal Kiew Xiao Jie dan bagi kategori bukan teknikal ialah Jennifer Ng Sing Yee.

Sementara itu, Pengarah Kampus Sarawak Skills Cawangan Miri Syuhaira Mohd Zin dalam kenyataann­ya, berterima kasih kepada pihak industri yang telah memberikan anugerah industri kepada para graduan.

“Semestinya anugerah industri ini dapat menyuntik semangat para graduan supaya dapat menabur bakti serta memenuhi kehendak industri terutama di Miri.

“Dalam pada itu, walau tidak seperti majlis konvokesye­n biasa tetapi kita masih lagi jalankan secara janji temu untuk meraikan graduan dalam keadaan norma baharu.

“Ibu bapa juga bersetuju dengan cara begini dan graduan juga berasa gembira selain kita sebagai kakitangan, pensyarah dan pengajar sama-sama meraikan kejayaan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitah­u, pelaksanaa­n majlis tersebut adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan dipantau kakitangan bertugas sekali gus mematuhi norma baharu ditetapkan.

Pada majlis tersebut, graduan berpeluang memakai jubah konvokesye­n, merakam gambar kenangan bersama keluarga serta menerima skrol dan transkrip seperti majlis konvokesye­n konvension­al.

 ??  ?? TAHNIAH: Jennifer Ng yang merupakan graduan terbaik bagi program Diploma Pentadbira­n Perniagaan, mendapat Anugerah Industri daripada Yayasan Sarawak dan mendapat Anugerah Presiden bagi kategori bukan teknikal.
TAHNIAH: Jennifer Ng yang merupakan graduan terbaik bagi program Diploma Pentadbira­n Perniagaan, mendapat Anugerah Industri daripada Yayasan Sarawak dan mendapat Anugerah Presiden bagi kategori bukan teknikal.
 ??  ?? BERSEDIA: Petugas Majlis Konvokesye­n secara janji temu menggunaka­n peralatan perlindung­an diri (PPE) semasa mempersiap­kan salah seorang graduan menggunaka­n jubah konvokesye­n.
BERSEDIA: Petugas Majlis Konvokesye­n secara janji temu menggunaka­n peralatan perlindung­an diri (PPE) semasa mempersiap­kan salah seorang graduan menggunaka­n jubah konvokesye­n.
 ??  ?? SYUHAIRA
SYUHAIRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia