Utusan Borneo (Sabah)

PH Sarawak susun semula jawatankua­sanya hadapi PRN12

-

KUCHING: Pakatan Harapan (PH) Sarawak telah menyusun semula jawatankua­sanya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) yang dijangka berlangsun­g pada bila-bila masa.

Setiausaha Publisiti PH Sarawak Abang Zulfikli Abang Engkeh dalam kenyataan semalam berkata, penstruktu­ran semula jawatankua­sa berkenaan juga susulan peletakan jawatan Pengerusi Keadilan Sarawak Larry Sng sebelum ini.

Menurutnya, di bawah jawatankua­sa baharu PH Sarawak, ia kekal diterajui Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen sebagai Pengerusi PH Sarawak sementara Timbalan I Dr Michael Teo manakala Timbalan II Abang Abdul Halil Abang Naili.

Manakala Alan Ling sebagai Setiausaha, Chiew Chiu Sing (Bendahari), Abang Zulkifli (Setiausaha Publisiti), Saifunniza­m Sam (Pemuda Negeri) dan Violet Yong (Ketua Wanita).

Sementara ahli-ahli jawatankua­sanya lain ialah Mexwell Rojis, Mohamad Fadilah Sabali, David Wong, Dr Kelvin Yii dan Roland Engan.

“Selain itu PH juga menubuhkan beberapa biro yang dianggap penting untuk memperjuan­g dan menjaga hak rakyat.

“Antaranya ialah Biro Land Reform dan Biro Perkhidmat­an Awam yang masingmasi­ngnya diketuai Joshua Jabeng dan Leon Donald,” katanya.

Abang Zulfikli berkata, dengan mengambil kira pelbagai masalah rakyat, PH telah merancang beberapa program bersama untuk menyantuni rakyat, terutama rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Katanya di samping itu, PH mengambil sikap terbuka untuk memperhalu­si kawasankaw­asan yang rakan-rakan PH akan bertanding.

Sementara itu pada Februari lepas Ahli Parlimen Julau Larry Sng meletak jawatan sebagai pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Larry berkata keputusan untuk keluar daripada PKR dibuat selepas mengadakan rundingan dengan para pengundi di konstituen­sinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia