Utusan Borneo (Sabah)

PPN Selangor pemegang saham NAFAS tertinggi

-

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Selangor, menjadi pemegang saham terbesar dalam Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melibatkan nilai RM13.1 juta atau 20 peratus daripada jumlah keseluruha­n nilai saham Nafas iaitu RM65.56 juta.

Terbaru, PPN Selangor telah menambah pelaburan sebanyak RM2 juta kepada NAFAS.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPN Selangor Datuk Abd Rahman Bakri berkata, PPN Selangor mempunyai keahlian seramai 55,857 orang setakat 31 Disember 2020 yang terdiri daripada 14 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), dengan jumlah keseluruha­n saham yang dilaburkan sebanyak RM3.79 juta.

Katanya sehingga tempoh berakhir 31 Dis 2020, jumlah keseluruha­n saham PPN Selangor di NAFAS adalah RM9.91 juta.

“Daripada jumlah pelaburan ini, dividen yang diperolehi sehingga 31 Dis 2020 adalah berjumlah RM1.18 juta menjadikan jumlah pelaburan saham di NAFAS sehingga 31 Dis 2020 berjumlah RM11.1 juta.

“Harapan saya dengan penambahan saham di NAFAS ini, mendapat pulangan pelaburan yang kekal positif dengan memberi pulangan yang lebih tinggi dan antara impaknya ialah memberi manfaat kepada seluruh ahli kami,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Mesyuarat Ahli Jawatankua­sa Pasukan Khas Benih Padi Sah dan Padi Asas serta Majlis Penyerahan Tambahan Saham PPN Selangor kepada NAFAS di sini malam kelmarin.

Mesyuarat Ahli Jawatankua­sa Pasukan Khas Benih Padi Sah dan Padi Asas yang diadakan buat julung kali itu berlangsun­g selama dua hari melibatkan pengerusip­engerusi PPN.

Ia antara lain bagi membincang­kan hal berkaitan industri padi yang melibatkan kerjasama dalam memainkan peranan masing-masing bagi menambah baik serta meningkatk­an hasil pengeluara­n padi negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia