Utusan Borneo (Sabah)

Korea Utara uji misil dalam ancaman pertama terhadap pentadbira­n Biden

-

WASHINGTON: Korea Utara melancarka­n misil selang beberapa hari lawatan ke kawasan itu oleh pihak atasan pertahanan dan diplomatik Amerika Syarikat (AS), kata Rumah Putih kelmarin, dalam ancaman terang-terangan pertama Pyongyang terhadap pentadbira­n Presiden Joe Biden.

Namun pihak pentadbira­n, bercakap tanpa nama, memperkeci­lkan pelancaran misil itu sebagai percubaan “biasa” ketenteraa­n dan menyatakan mereka tidak akan menghalang usaha Washington dalam perlucutan nuklear Korea Utara.

Mereka mengesahka­n dua misil dilancarka­n pada Ahad, sama seperti ancaman dan cabaran oleh Pyongyang sebelum ini kepada Washington dan Seoul.

Tetapi ia adalah sistem misil jarak dekat, bukan letupan, yang bukan dalam kategori larangan keselamata­n oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap senjata berbahaya, menurut pegawai kanan pentadbira­n AS.

Itu tidak menyerupai percubaan senjata nuklear atau misil letupan yang dilancarka­n Pyongyang ketika mengancam kerajaan AS sebelum ini.

“Apa yang kita saksikan hujung minggu ini tidak berada dalam kategori itu,” kata pegawai.

“Ia merupakan perkara biasa buat Korea Selatan untuk menguji pelbagai sistem. Kami tidak memberi respons kepada setiap percubaan.”

Pelancaran itu dibuat selang beberapa hari selepas Setiausaha Negara AS Antony Blinken dan Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin melawat Jepun dan Korea Selatan untuk membincang­kan perikatan mereka dan isu keselamata­n dalam kawasan itu, dengan Korea Utara yang bersenjata nuklear ditampilka­n sebagai ancaman utama.

Lawatan itu juga diadakan selepas latihan bersama oleh pasukan pertahanan AS dan Korea Selatan pada 8-17 Mac.

Semasa Blinken dan Austin berada di Seoul pada 18 Mac, timbalan menteri luar pertama Korea Utara, Choe Son Hui menuduh AS dengan “teori gila ‘ancaman dari Korea Utara’ dan kenyataan tidak berasas tentang ‘perlucutan nuklear terus.’”

Pentadbira­n dua bulan Biden berharap dapat membawa semula perundinga­n dengan rejim Kim Jong Un tentang senjata nuklear setelah usaha daripada pentadbira­n Donald Trump lepas terhenti.

Jemputan asal Washington untuk Pyongyang tidak dibalas, namun pegawai AS berharap mereka boleh berhubunga­n semula, sementara bekerjasam­a dengan Jepun dan Korea Selatan.

Trump bertemu dengan Kim dua kali, di Singapura dan Vietnam, menyaksika­n kedua-dua pihak mencapai kemajuan dalam hubungan.

Walaupun AS menarik balik beberapa aktiviti latihan bersama dengan tentera Korea Selatan dan menyaksika­n Utara membekukan ujian letupan misil, persidanga­n kemuncak TrumpKim di Hanoi pada Februari 2019 menjadi hambar. Pihak berkuasa Biden kini di peringkat akhir mengatur strategi untuk memulakan semula perundinga­n dan Rumah Putih akan berbincang dengan pihak keselamata­n Jepun dan Korea Selatan minggu depan, kata pegawai pentadbira­n.

“Kami telah melaksanak­an usaha dan akan terus berusaha untuk berkomunik­asi.”

Pegawai itu menambah bahawa Pyongyang tidak dapat menjangkak­an kompromi seperti mengurangk­an tentera kedua-dua belah pihak daripada Biden.

“Harapan diplomasi sangat bergantung dengan realiti dasar pencegahan dan kebolehan pasukan tentera pertahanan,” kata pegawai itu.

Menurut penganalis­is, kesenyapan Korea Selatan dan Utara dan juga AS dalam pelancaran misil berbeza daripada sebelumnya dan itu mungkin petanda bagus.

Ujian misil Korea Utara selalunya diikuti dengan pengumuman­menunjuk-nunjuk daripada Pyongyang dan kecaman keras daripada Seoul.

Martyn Williams dari Stimson Center menyifatka­n kekurangan balasan itu sebagai “aneh”.

“Korea Utara lazimnya mengumumka­n ujian seperti itu melalui penyiaran media negara namun tiada apa-apa kali ini,” ulasnya di Twitter. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia