Utusan Borneo (Sabah)

Kapal ditolak angin kencang keluar laluan, sekat Terusan Suez

-

CAIRO: Kapal kontena gergasi terkandas di Terusan Suez selepas tiupan angin kencang menolaknya keluar laluan, menurut pengendali kapal itu semalam, mengakibat­kan sekatan dalam trafik marin yang merupakan salah satu laluan perdaganga­n tersibuk dunia.

Gambar yang dimuat naik kelmarin menunjukka­n kapal milik Taiwan MV Ever Given, sepanjang 400 meter dan lebar 59 meter, terpesong dan menghalang semua perjalanan sepanjang laluan air itu manakala trak penggali berusaha untuk mengeluark­annya.

“Kontena itu secara tidak sengaja tersekat selepas disyaki ditiup angin kencang,” kata pengendali Evergreen Marine Corp.

“Syarikat ini telah mengaju kepada pemilik kapal punca insiden dan telah berbincang dengan pihak relevan termasuk pihak pengurusan terusan untuk membantu kapal itu secepat mungkin.”

Bloomberg melaporkan ia telah menyekat lebih 100 kapal yang sedang transit melalui terusan itu.

“Terdapat insiden melibatkan perkaranga­n,” Alok Roy, pengarah pengangkut­an BSM Hong Kong, pengurus kapal Ever Given memberitah­u agensi berita itu.

Pengguna Instagram, Julianne Cona memuat naik gambar kapal terkandas itu dari Maersk Denver, yang tersekat di belakang Ever Given.

“Kapal di hadapan kami terpesong semasa melalui terusan dan kini ia tersekat menyerong,” tulisnya. “Nampaknya kami akan berada di sini buat seketika.”

Laman web pengangkut­an

Vessel Finder berkata kapal itu dalam perjalanan ke Rotterdam di Netherland­s, dan mereka tidak jelas mengapa kapal itu berhenti bergerak.

“Bot tunda kini sedang berusaha untuk mengapungk­an kembali kapal itu,” Leth Agencies, yang menyediaka­n perkhidmat­an laluan kepada klien melalui terusan itu mengulas di Twitter.

Terusan Suez, yang digali pada 150 tahun lalu, merupakan laluan perdaganga­n terpenting, memberi jalan kepada 10 peratus perdaganga­n laut antarabang­sa. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia