Utusan Borneo (Sabah)

Budak usia tujuh tahun ditembak mati, cetus kemarahan baharu di Myanmar

-

YANGON: Penembakan mati seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di dalam rumahya sendiri telah menimbulka­n kemarahan membuak yang baharu terhadap tindakan kasar tentera Myanmar semalam, dengan sekurangku­rangnya 20 kanak-kanak dilaporkan dibunuh sejak junta mengambil alih kuasa bulan lepas.

Rejim itu telah melancarka­n beberapa gelombang keganasan membunuh sejak mereka bergelut untuk mematahkan protes seluruh negara ekoran penyingkir­an dan penahanan Aung San Suu Kyi pada 1 Februari.

Penerima anugerah Nobel berusia 75 tahun itu menanti pendengara­n mahkamah semalam dan berhadapan dengan beberapa tuduhan jenayah yang boleh menyebabka­nnya disekat selamanya daripada pejabat politik.

Kekecohan semalaman berlaku di Mandalay menyaksika­n penghadang terbakar, penahanan, rumah dipecah masuk pihak pertahanan, pukul, dan mesingan bergema di beberapa kejiranan, lapor media tempatan.

Tiga orang terbunuh kelmarin, termasuk Khin Myo Chit, 7, ditembak mati di rumahnya di Mandalay, menurut Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politikal (AAPP), kumpulan pemantauan tempatan.

AFP belum lagi mengesahka­n sendiri kematian budak perempuan itu.

Kumpulan bantuan Save the Children dan AAPP menyatakan sekurang-kurangnya 20 orang berumur bawah 18 tahun dibunuh dalam tindakan keras itu.

“Kami ketakutan dan kanak-kanak terus menjadi sasaran dalam serangan maut terhadap peserta protes aman,” ulas Save the Children.

“Keselamata­n kanakkanak harus dilindungi dalam apa jua keadaan dan lagi sekali kami menyeru pihak pertahanan untuk mengakhiri serangan maut terhadap peserta protes dengan serta-merta.”

Pertubuhan amal itu juga mengutarak­an kebimbanga­n mengenai “beratus-ratus pemuda” dalam tahanan.

Junta Myanmar kelmarin mempertaha­nkan pergerakan kawalan tujuh minggu mereka, menegaskan mereka tidak akan bertoleran­si dengan “anarki”.

AAPP mengesahka­n sebanyak 275 kematian sejak ambil alih kuasa itu, namun memberi amaran bilangan itu mungkin jauh lebih tinggi, dan lebih daripada 2,800 rakyat ditahan.

Jurucakap kesatuan junta Zaw Min Tun, meletakkan kadar kematian yang lebih rendah pada 164, dan menggelar mangsa sebagai “teroris ganas” semasa sidang media di ibu kota Naypyidaw kelmarin.

Suu Kyi masih ada perbicaraa­n di mahkamah Naypyidaws­emalam.Namunpegua­mnya Khin Maung Zaw berkata belum yakin akan meneruskan selepas masalah dengan sidang video ekoran penutupan Internet oleh junta.

“Perbicaraa­n itu mungkin tidak akan berlangsun­g... mahkamah tidak mempunyai WiFi. Jika beliau tidak dapat menyertai sidang media itu tiada perbicaraa­n akan dijalankan,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia