Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan penyelamat Australia agih makanan, bekalan kecemasan kepada mangsa banjir

-

SYDNEY: Pasukan penyelamat mengagihka­n makanan dan bekalan kecemasan kepada warga Australia yang terkandas oleh banjir semalam dan pihak berkuasa memberi peringatan bahawa air pasang masih memberi ancaman walaupun langit sudah tampak cerah selepas beberapa hari hujan mencurah-curah.

Hujan tanpa henti sepanjang minggu lalu telah mengakibat­kan “bencana” banjir di negeri paling ramai penduduk Australia, New South Wales, dan sebahagian kawasan pedalaman Sydney masih ditenggela­mi air.

Ia merupakan satu “keajaiban” kerana tiada sesiapa yang terkorban dalam banjir yang paling teruk dalam abad ini, ulas perdana menteri

Gladys Berejiklia­n, setelah sinaran matahari memberi kelegaan dan sesetengah penduduk sudah memulakan kerja pembersiha­n.

Berpuluh ribu rakyat telah keluar dari rumah, dan beribu lagi masih dalam amaran pemindahan dengan paras air di beberapa sungai masih dijangka tidak surut sehingga Sabtu.

Perkhidmat­an kecemasan juga telah menjawab lebih daripada 11,000 panggilan bantuan dalam beberapa hari ini, dan menyelamat­kan sekurang-kurangnya 950 penduduk dari air bah.

Namun pihak berkuasa menyatakan bot penyelamat telah mengubah fokus kepada mengagihka­n makanan dan bekalan asas kepada penduduk yang terkandas oleh banjir, dan usaha itu dimulakan dari kawasan berhampira­n Sydney kelmarin.

Ailsa Jones berkata terdapat kekurangan bekalan makanan “ekstrem” di Wheeny Creek, barat laut bandar, tidak mempunyai bekalan asas di pasar raya sejak Ahad.

“Semua kedai kosong. Ia dahsyat,” tambah beliau.

“Kami bergantung dengan spageti dan mi segera. Saya mencatu kepada kanakkanak dan memastikan ia bertahan.”

Beribu penduduk masih terputus bekalan kuasa dan pihak penyedia tenaga telah memaklumka­n bekalan elektrik tidak dapat disambung di kawasan yang paling terjejas sehingga hujung minggu ini.

Cuaca buruk dan banjir juga melanda kawasan terpencil New South Wales kelmarin dan telah merebak ke kawasan membangun utara negeri Queensland.

“Kita sememangny­a belum melepasi kesukaran dari segi bahaya banjir, namun kita harus mula menukar pemikiran kepada kerja pembersiha­n dan pemulihan,” kata Berejiklia­n.

Kerajaan berkata ratusan askar akan dikerah pada Khamis untuk menyokong usaha-usaha itu.

“Tugas mereka termasuk membersihk­an, memastikan kita membuang serpihan... menjadikan proses pemulihan lebih mudah,” kata menteri pengurusan kecemasan David Littleprou­d. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AGIH: Anggota penyelamat memunggah makanan dan bekalan kecemasan ke dalam bot untuk diagihkan kepada mangsa banjir di subbandar Windsor barat laut Sydney semalam.
— Gambar AFP AGIH: Anggota penyelamat memunggah makanan dan bekalan kecemasan ke dalam bot untuk diagihkan kepada mangsa banjir di subbandar Windsor barat laut Sydney semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia