Utusan Borneo (Sabah)

Hina agama Hindu, jurugambar didapati bersalah

-

KUALA LUMPUR: Seorang jurugambar syarikat produksi didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan memuat naik status jelik menghina agama Hindu dalam Facebookny­a, dua tahun lepas.

Hakim M.M. Edwin Paramjothy membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap Zamri Abdul Razak, 54, di akhir kes pembelaan.

“Selepas mendengar semua keterangan daripada keduadua belah pihak, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes,” kata hakim itu yang turut menetapkan 2 April ini untuk hukuman.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh, memberi keterangan pada perbicaraa­n yang bermula pada 23 April 2019.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Zamri didakwa melalui perkhidmat­an aplikasi Facebook dengan menggunaka­n laman profil Facebook ‘Zamri Bin Abd Razak’ secara sedar membuat dan memulakan penghantar­an dua komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitka­n hati orang lain.

Kedua-dua pautan itu kemudian dibaca seorang pengguna Facebook ‘Saravana Kumar’ di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu

Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, Wangsa Maju di sini, pada jam 12.45 tengah hari, 10 Mac 2019.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga didenda selanjutny­a RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Ketika rayuan, peguam Mohd Harris Al-Hajj Abdullah yang mewakili Zamri memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman denda minimum dan bukan pemenjaraa­n kerana anak guamnya perlu mendapatka­n rawatan penyakit jantung selain pendapatan­nya juga terjejas akibat pandemik COVID-19 sejak Mac tahun lepas.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nor Azizah Aling memohon agar mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pemenjaraa­n dan denda yang tinggi kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius.

“Dengan satu hukuman yang berat dapat memberi amaran yang tegas pada mana-mana individu yang cuba menggugat keharmonia­n negara,” katanya yang turut mengendali­kan kes bersamasam­a TPR Iznina Hanim Hashim. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia