Utusan Borneo (Sabah)

BSKU siasat kemalangan helikopter di Subang

-

NILAI: Polis menumpaska­n sindiket mencuri bekalan elektrik bagi menjalanka­n kegiatan perlombong­an bitcoin, menerusi serbuan di sembilan premis di sekitar kawasan Nilai semalam melibatkan nilai rampasan RM1.6 juta.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata, operasi bersepadu dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan itu, menyerbu ke empat premis di Bandar Enstek dan lima di Bandar Baru Nilai dengan merampas 581 unit mesin perlombong­an bitcoin.

Berikutan itu, TNB turut mengalami kerugian sebanyak RM2.1 juta akibat aktiviti haram yang dijalankan hampir setahun.

“Operasi dijalankan pada jam 1 petang itu sehingga 5 petang dan pihak polis menahan seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warganegar­a China berusia dalam lingkungan 30 tahun.

“Hasil soal siasat terhadap suspek, mereka mengaku sebagai juru teknik dalam salah satu premis diserbu itu. Ketika serbuan, mereka sedang memeriksa dan membuat penyelengg­araan ke atas mesin perlombong­an bitcoin,” katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini.

Beliau berkata, modus operandi sindiket ini menggunaka­n premis tingkat atas sebagai kegiatan perlombong­an bitcoin bagi mengelakka­n disedari pihak berkuasa.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, 427 Kanun Keseksaan, dan Seksyen di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990. — Bernama

KUALA TERENGGANU: Seorang pengarah sebuah yayasan di Terengganu semalam direman bagi membantu siasatan kes rasuah membabitka­n projek pengeluara­n pelitup muka bernilai kira-kira RM9 juta.

Perintah reman selama tujuh hari hingga 30 Mac itu dikeluarka­n oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu Wan Azianti Abd Salleh selepas membenarka­n permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, lelaki berumur 55 tahun itu ditahan di rumahnya di sini pada jam 4.30 petang kelmarin.

Katanya, siasatan dibuat menurut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, kerana menerima suapan daripada pengarah syarikat sebagai balasan mencadangk­an pelaburan usaha sama dengan syarikat itu untuk pengeluara­n pelitup muka. — Bernama

PUTRAJAYA: Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) akan menjalanka­n siasatan berhubung kemalangan sebuah helikopter di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang semalam mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbanga­n Awam 2016.

Kementeria­n Pengangkut­an (MOT) dalam kenyataan semalam memaklumka­n

Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) mengesahka­n berlakunya kemalangan membabitka­n Airbus Helicopter AS350 B3 di lapangan terbang itu pada jam 9.25 pagi.

Menurut MOT, helikopter dengan satu juruterban­g dan empat penumpang itu, dikendalik­an oleh Leopad Aviation Sdn Bhd dan telah berlepas dari Sungai Lembing, Pahang pada 8.30 pagi untuk penerbanga­n persendiri­an ke Subang melalui Maran, Temerloh, Karak dan Batu Caves.

Dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dan sedang menerima bantuan perubatan manakala tiga lagi mangsa berada dalam keadaan stabil, menurut MOT. — Bernama

 ??  ?? BERSALAH: Zamri didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan memuat naik status jelik menghina agama Hindu dalam Facebookny­a, dua tahun lepas.
BERSALAH: Zamri didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan memuat naik status jelik menghina agama Hindu dalam Facebookny­a, dua tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia