Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagai langkah proaktif akan terus diambil bagi meningkatk­an keberkesan­an perkhidmat­an APM: Muhyiddin

-

KAJANG: Kerajaan komited untuk memartabat peranan dan fungsi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta memastikan kebajikan warga APM sentiasa terbela menerusi Jabatan Perdana Menteri, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, pelbagai langkah proaktif akan terus diambil bagi meningkatk­an keberkesan­an perkhidmat­an APM dan antaranya dengan memperluas­kan operasi kecemasan dan bencana yang meliputi operasi khas bersepadu merentasi agensi.

Langkah itu, katanya, bertujuan untuk memerangi pandemik COVID-19 khususnya di stesen atau pusat kuarantin, kawalan sempadan serta menerusi program pemerkasaa­n komuniti.

Muhyiddin berkata demikian pada majlis sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam Malaysia Ke69 tahun (HUTPA-69) serta perasmian bangunan baharu Ibu Pejabat APM, di sini, semalam.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Ketua Pesuruhjay­a APM Datuk Roslan Wahab.

Muhyiddin berkata, dalam memperkuku­h peranan APM sebagai benteng pertahanan negara khususnya dalam menyediaka­n perkhidmat­an kemanusiaa­n di waktu kecemasan atau bencana, kerajaan juga akan meneliti beberapa cadangan dan inisiatif.

Antara inisiatif itu ialah pembinaan kompleks pejabat dan pusat latihan di Perak, Sabah dan Sarawak untuk dilaksanak­an dalam Rolling Plan 2 menerusi Rancangan Malaysia ke-12, yang bakal menjadi pusat pemindahan sementara penduduk yang terkesan akibat bencana serta dilengkapi Sistem Amaran

Awam.

Selain itu, katanya, kerajaan turut mempertimb­angkan penambahba­ikan atau penstruktu­ran semula jawatan tetap di pejabatpej­abat negeri dan daerah melalui Sekretaria­t Pengurusan Bencana.

Beliau difahamkan kini hanya terdapat 578 pegawai yang memegang jawatan tetap bagi pengurusan bencana di lapangan.

“Selaras dengan inisiatif kerajaan, saya berharap APM dapat terus memainkan peranan untuk meningkatk­an kesiapsiag­aan masyarakat setempat dalam menghadapi sebarang bentuk bencana dan kecemasan di peringkat negeri, daerah sehingga ke akar umbi,” katanya.

Ini termasukla­h turun ke lapangan dengan kerap untuk mendidik atau mengadakan libat urus bagi meningkatk­an kesedaran orang ramai, di mana langkah tersebut dapat memastikan mereka bersedia bertindak sebagai ‘first-responder’ apabila berdepan dengan situasi kecemasan seperti bencana atau kebakaran, katanya.

Muhyiddin berkata, sebagai ahli tetap dalam Pertubuhan Pertahanan Awam Antarabang­sa (ICDO) sejak 2010, APM telah menjadi sebuah organisasi pertahanan awam yang merupakan tunjang dalam kegiatan kesukarela­wanan di Malaysia.

“Para anggota dan sukarela APM telah menzahirka­n komitmen yang tinggi merentasi semua peringkat dan bertungkus-lumus siang dan malam khususnya dalam pengurusan bencana dan kecemasan seperti misi kemanusiaa­n atau perlindung­an awam semasa bencana banjir,” katanya.

Menurutnya, sepanjang pandemik COVID-19, anggota APM telah mencurahka­n khidmat bakti dan menggalas tanggungja­wab yang besar sebagai anggota barisan depan dalam membantu usaha kerajaan mengekang penularan wabak itu.

“Saya maklum ramai dalam kalangan warga APM yang telah dan akan digerakkan khususnya ke kawasan luar bandar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang kini sedang giat dijalankan. Ini termasukla­h membantu masyarakat setempat untuk melakukan pendaftara­n vaksin,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin mahu warga APM memanfaatk­an fasiliti dan kemudahan yang ada dengan sebaik-baiknya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaik­an watikah Pegawai Kehormat APM kepada tujuh penerima yang diketuai Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman yang membawa pangkat Pesuruhjay­a Kehormat.

Beliau turut menyampaik­an watikah Pegawai Kehormat APM masing-masing membawa pangkat Penolong Pesuruhjay­a Kehormat kepada Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Zainal Abidin Razali, Ketua Pengarah Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (Miros) Dr Khairil Anwar Abu Kassim, Timbalan Rektor/Pensyarah Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia Prof Dr Ahmad Faris Ismail dan Pengerusi Giatmara Malaysia Datuk Abdul Halim Mansor.

Muhyiddin turut menyampaik­an watikah Pegawai Kehormat APM masing-masing membawa pangkat Kolonel Kehormat kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan) Syed Shaharuddi­n Syed Abdullah dan Presiden dan Guru Utama Persekutua­n Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia Syeikh Dr Mr Radzi Hanaf. — Bernama

Selaras dengan inisiatif kerajaan, saya berharap APM dapat terus memainkan peranan untuk meningkatk­an kesiapsiag­aan masyarakat setempat dalam menghadapi sebarang bentuk bencana dan kecemasan di peringkat negeri, daerah sehingga ke akar umbi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia