Utusan Borneo (Sabah)

PDRM bukan institusi yang boleh diperguna mana-mana pihak

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sebuah institusi yang memperjuan­gkan kelompok politik tertentu malah jauh sekali boleh dipergunak­an mana-mana pihak, tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau yang menjadi tonggak sang saka biru di bawah dua pentadbira­n perdana menteri selepas dilantik pada Mei 2019 hingga kini berkata, pihaknya tidak pernah menerima sebarang tekanan dalam menggalas tugas serta melaksanak­an perubahan dalam pasukan itu.

“Saya bebas melakukan tindakan seperti memperbetu­lkan pasukan dengan merombak PDRM supaya kerajaan juga akan turut dapat nama baik...apabila kerajaan dapat satu pasukan polis yang dinamik dan tidak (mengamalka­n) rasuah, ini sekali gus menguntung­kan kerajaan dan orang ramai,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Abdul Hamid berkata, tindakan beliau membawa perubahan dalam pasukan termasuk memperjuan­gkan isu-isu berkaitan penyelewen­gan, dadah dan salah laku anggotanya adalah bukti pasukan itu telus dalam memerangi jenayah di negara ini.

Beliau berkata, langkah itu secara tidak langsung dapat mengembali­kan kepercayaa­n masyarakat terhadap pasukan polis yang sebelum ini didakwa mudah dipergunak­an oleh pihak-pihak tertentu.

“Saya tidak mahu jadi pasukan yang tidak berubah kononnya undang-undang boleh dikompromi contohnya boleh bawa masuk dadah, telefon bimbit dan rokok di dalam lokap selain membiarkan kejadian rogol dalam lokap yang menimbulka­n ketakutan masyarakat.

“Saya nak memperoleh kepercayaa­n dan penghormat­an (masyarakat) sebab itu saya hendak buktikan komitmen polis dalam menggalas tanggungja­wab dan amanah yang diberikan,” katanya.

Sebelum ini, terdapat dakwaan beberapa agensi dalam kerajaan seperti PDRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia dijadikan ‘senjata politik’ bagi menjalanka­n siasatan dengan objektif mengambil tindakan terhadap pemimpin politik pembangkan­g.

Dalam perkembang­an lain, mengulas mengenai penceroboh­an laman sesawang, Abdul Hamid berkata, pihaknya sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang bentuk kemungkina­n penceroboh­an terutama menerusi laman sesawang.

“Ada kumpulan (menceroboh laman sesawang kerajaan) yang kami sudah kenal pasti dan juga telah didakwa…siasatan kami mendapati mereka berbuat demikian untuk tujuan suka-suka, bermegah kononnya mahu menunjukka­n mereka hebat,” katanya. — Bernama

KUALA LUMPUR: Pekerja asing yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) layak mendapat manfaat di bawah agensi itu sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan ketika bekerja, kata Ketua Eksekutifn­ya Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz.

Berikutan itu, Mohammed Azman berkata, PERKESO kini sedang mengenal pasti waris pekerja warga asing yang terlibat dalam insiden di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Jalan Alam Damai, Cheras, Isnin lepas, untuk proses pembayaran manfaat.

“PERKESO tidak menunggu waris mangsa datang (ke PERKESO) untuk proses tuntutan sebaliknya Skuad PERKESO Prihatin yang turun padang mendapatka­n butiran mangsa untuk bayaran,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Mini Karnival PenjanaKer­jaya Kementeria­n Sumber Manusia untuk orang kurang upaya (OKU) di Wisma PERKESO, di sini semalam.

Jelasnya, pekerja asing yang mencarum dengan PERKESO layak mendapat faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan Pekerja Asing dan jika melibatkan kematian, waris boleh menuntut Faedah Orang Tanggungan.

Dalam kejadian pagi Isnin lepas, tiga lelaki warga China maut, manakala seorang rakyat tempatan cedera parah selepas komponen kren pembinaan projek Lebuh Raya SUKE terjatuh dan menghempap sebuah kereta Perodua Bezza dari ketinggian 120 kaki.

Sementara itu, menyentuh tentang mini karnival selama satu hari itu, Mohammed Azman berkata, program tersebut dilaksanak­an khusus bagi golongan OKU untuk mendapatka­n pekerjaan secara temu duga terbuka.

Beliau berkata, sebanyak 659 kekosongan jawatan ditawarkan oleh sembilan majikan yang menyertai karnival itu, meliputi beberapa bidang termasuk sektor perkhidmat­an pelanggan. — Bernama

JOHOR BAHRU: Polis Johor semalam mengesahka­n berita penangkapa­n Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, yang dipercayai dikehendak­i untuk siasatan sindiket pengubahan wang haram dan kesalahan kumpulan jenayah terancang baru-baru ini, adalah palsu.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya masih meneruskan usaha-usaha mengesan suspek itu dengan kadar segera untuk membawanya ke muka pengadilan.

“Pihak polis Johor ingin menegaskan kepada orang ramai untuk tidak menularkan ataupun menyebarka­n sebarang berita tidak benar tanpa merujuk kesahihann­ya kepada pihak yang bertanggun­gjawab,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai berita penangkapa­n Liow yang tular sejak kelmarin menerusi media sosial.

Ahad lepas, Ayob Khan dipetik sebagai berkata pihaknya sedang mengesan suspek berumur 33 tahun itu.

Alamat terakhir Liow ialah di Trigon Residence Unit 1009, Puchong, Selangor dan merupakan pengasas Winner Dynasty Group dan suspek dikehendak­i untuk siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.

Suspek dipercayai terbabit dalam sindiket yang terlibat dengan banyak penipuan. — Bernama

 ??  ?? Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvathi yang juga Ahli Undangan Negeri Kawasan Bukit Permai menyampaik­an bantuan amal jariah Perbadanan Islam Johor (PIJ) kepada sektor pendidikan negeri Johor yang diwakili oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kulai (Pembanguna­n Bakat Murid) Azrul Nizam Abdul Rahim, 41, (dua kanan) di Dewan Serbaguna Felda Taib Andak, di Kulai semalam. Turut hadir Pengurus Besar PIJ Abdul Alim Abd Shukor (kiri) dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai Mohd Mackeen Mohd Shafiee (kanan).
Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvathi yang juga Ahli Undangan Negeri Kawasan Bukit Permai menyampaik­an bantuan amal jariah Perbadanan Islam Johor (PIJ) kepada sektor pendidikan negeri Johor yang diwakili oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kulai (Pembanguna­n Bakat Murid) Azrul Nizam Abdul Rahim, 41, (dua kanan) di Dewan Serbaguna Felda Taib Andak, di Kulai semalam. Turut hadir Pengurus Besar PIJ Abdul Alim Abd Shukor (kiri) dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai Mohd Mackeen Mohd Shafiee (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia