Utusan Borneo (Sabah)

KADA rancang perkenal dua benih varieti padi baharu Jun depan

-

PASIR MAS: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) merancang untuk memperkena­lkan dua benih varieti padi baharu, U-Putra dan NMR 152, yang boleh mengeluark­an lebih banyak hasil dan berkualiti, selain mempunyai daya tahan serangan penyakit, Jun depan.

Pengerusin­ya Datuk Kamarudin Md Nor berkata, varieti padi baharu tersebut ialah U-Putra oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dan NMR 152 oleh Agensi Nuklear Malaysia (ANM).

“Pada peringkat awal kita akan lakukan (penanaman) oleh KADA terlebih dahulu, dan sekiranya ia menunjukka­n hasil yang baik dan tinggi, kita akan galakkan pesawah untuk menggunaka­n varieti baharu itu nanti.

“Kita jangkakan tanaman varieti padi baharu ini akan bermula pada musim baru iaitu Jun depan. Bagi peringkat perintis ini akan melibatkan keluasan tanah antara empat hingga 10 hektar,” katanya selepas Majlis Pembahagi Hasil dan Zakat Ladang Merdeka Meranti, Senor dan Bakong di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubang Bunut, di sini semalam.

Mengulas lanjut Kamarudin berkata, tempoh matang tanaman padi varieti baharu itu juga adalah lebih singkat iaitu hanya sekitar 100 hari berbanding benih padi biasa yang mencecah sehingga 110 hari, sekali gus ia dapat meningkatk­an pengeluara­n hasil.

“Malah, menurut hasil kajian yang dijalankan sebelum ini, benih padi baharu ini juga mampu mengoptimu­mkan pengeluara­n hasil sehingga sekali ganda, berbanding benih padi biasa.

“Bagi varieti jenis U-Putra mampu mengeluark­an hasil mececah sehingga 10.2 tan per hektar, manakala NMR 152 julat hasil adalah sebanyak 11 tan per hektar,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Kamaruddin berkata menerusi projek Ladang Merdeka yang telah diperkenal­kan oleh KADA sejak hampir 30 tahun lalu, ia berjaya meningkatk­an pengeluara­n padi di negeri ini.

Beliau berkata, kadar purata pengeluara­n padi menerusi ladang merdeka itu, mampu mencecah sehingga enam tan bagi satu hektar, peningkata­n berbanding sebelum ini yang hanya sekitar empat hingga lima tan sahaja.

“Menerusi projek ini juga bukan sahaja KADA dapat memperting­katkan hasil pengeluara­n padi bahkan mampu membantu penduduk kampung memandangk­an kita menyewa tanah daripada mereka.

“KADA tetapkan kadar bayaran setiap 0.4 hektar (satu ekar) sekitar RM500 ke atas dan ia merupakan bayaran sewa yang tinggi iaitu hampir 10 kali ganda daripada kadar sewa biasa,” katanya. — Bernama

 ??  ?? BANTU: Kamarudin (kiri) meyampaika­n hasil dan zakat kepada pesawah Mohd Yusoff Ahmad, 78, (dua kanan) pada Majlis Pembahagi Hasil dan Zakat Ladang Merdeka Meranti, Senor dan Bakong di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubang Bunut, Pasir Mas semalam.
BANTU: Kamarudin (kiri) meyampaika­n hasil dan zakat kepada pesawah Mohd Yusoff Ahmad, 78, (dua kanan) pada Majlis Pembahagi Hasil dan Zakat Ladang Merdeka Meranti, Senor dan Bakong di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubang Bunut, Pasir Mas semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia