Utusan Borneo (Sabah)

Kluster Chupak diisytihar­kan di Daerah Serian

Kluster komuniti dikesan di Kg Chupak, Siburan, kes indeks adalah perempuan berusia 27 tahun

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Satu lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 diisytihar­kan di Daerah Serian semalam iaitu Kluster Chupak.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata kluster komuniti ini dikesan di Kampung Chupak, Siburan di Daerah Serian.

“Kes indeks kepada kluster ini adalah kes ke-11,561 merupakan perempuan tempatan berumur 27 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala pada 9 Mac 2021.

“Kes yang bekerja di Daerah Kuching berkemungk­inan telah mendapat jangkitan melalui jangkitan komuniti yang kemudian merebak kepada ahli keluarga dan individu lain di Kampung Chupak,” katanya.

Hasil pengesanan kontak rapat kepada kes indeks dan ahli keluarga indeks ini, tambahan 56 kes positif

COVID-19 telah dikesan yang melibatkan individu dari Daerah Serian dan Samarahan.

Sejumlah 338 individu telah disaring dimana 57 kes dikesan positif termasuk kes indeks, 41 kes negatif dan 240 kes masih menunggu keputusan.

JPBNS turut memaklumka­n Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytih­arkan satu kluster tamat semalam iaitu Kluster Geronggang di Sibu.

Kluster ini telah diisytihar­kan pada 16 Februari 2021 dan tamat semalam selepas tiada kes baharu jangkitan tempatan COVID-19 dikesan dalam tempoh 28 hari lepas.

Sebanyak 31 kluster masih aktif dengan enam daripada kluster ini melaporkan penambahan kes manakala 25 kluster lagi tiada penambahan kes.

Penambahan kes direkodkan melibatkan Kluster Jalan Sedayan di Sibu (5), Kluster Jalan Merpati, Miri (6), Kluster Depot Imigresen Semuja, Serian (3), Kluster Tanjung Genting, Meradong (2) dan Kluster Rajang, Tanjung Manis (5).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia