Utusan Borneo (Sabah)

Tiga sekawan bebas pertuduhan memiliki dadah

-

37 tahun, masing-masing dari Piasau Jaya dan Sarikei itu amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Selain itu, membebaska­n suspek lebih awal dikhuatiri akan mengancam pengadu dan rakan memandangk­an suspek juga mengetahui tempat tinggal mereka.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman tiga hari ke atas kedua-dua suspek dan tempoh reman akan tamat pada 27 Mac ini.

KUCHING: Tiga sekawan masing-masing dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam atas tuduhan memiliki 22.52 gram dadah jenis Methamphet­amine yang dilakukan mereka pada Ogos 2018.

Hakim Azhahari Kamal Ramli menetapkan demikian terhadap ketiga-tiga lelaki iaitu Nasli Daud, 31, Michael Chan Aik Wei, 29, dan Berlylend Tingom.

Ketiga-tiga mereka didakwa dengan niat bersama memiliki 22.52 gram Methamphet­amine semasa berada dalam sebuah kereta di Kampung Sungai Agas Baru, Jalan Matang pada 11 Ogos 2018, jam 8 malam.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) Akta sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi lima tahun serta boleh dikenakan sebatan tidak kurang daripada tiga sebatan dan tidak melebihi sembilan sebatan.

Terdahulu pada Julai 2019, Nasli dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret daripada pertuduhan tersebut, manakala Michael dan Berlylend masing-masing dipenjara 54 bulan serta dikenakan tujuh sebatan setiap seorang.

Justeru, pihak pendakwaan membuat rayuan terhadap pembebasan Nasli.

Sementara itu, Michael dan Berlylend menerusi peguam mereka membuat rayuan terhadap sabitan hukuman tersebut.

Semasa memberikan keputusann­ya dalam kes ini Hakim Azhahari berkata, terdapat keraguan dan percanggah­an keterangan mengenai cara dadah tersebut ditemukan.

Menurutnya, salah seorang saksi iaitu ketua pasukan serbuan menyatakan bahawa dadah tersebut dijumpai di atas lapik kaki kereta, bahagian penumpang sebelah hadapan.

Seorang lagi saksi menyatakan yang ia ditemui di bawah lapik lantai kereta tersebut.

Justeru, terdapat keraguan sama ada perayu mengetahui mengenai kewujudan dadah tersebut dan di mana ia diletakkan.

Antara isu lain yang turut dibangkitk­an adalah pihak pendakwaan gagal membuktika­n inti pati dengan niat bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Nasli dan Berlylend masingmasi­ng diwakili peguam, Francis Teron dan CM Sundram manakala Michael diwakili peguam Osman Ibrahim, Nurshaeeqa Nazwa Radzali serta Nur Atiqah Kulah.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya, Michelle Lim Wan Chen.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia