Utusan Borneo (Sabah)

Bakat tempatan mampu hasil filem diterima masyarakat dunia Ia susulan kejayaan filem ‘Belaban Hidup: Infeksi Zombie’ menangi kategori seram, sains fiksyen pada WFC Singapura 2021

- ABDUL KARIM Sumber FINAS

KUCHING: Kejayaan filem Indie, ‘Belaban Hidup: Infeksi Zombie’ memenangi kategori seram dan sains fiksyen bagi genre filem cereka di World Film Carnival (WFC) Singapura 2021 baru-baru ini membuktika­n bakat-bakat tempatan juga mampu menghasilk­an filem yang diterima masyarakat dunia.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata filem itu menunjukka­n bakat-bakat tempatan boleh membuat filem dalam pelbagai genre termasuk seram dan fiksyen, antara yang paling popular dalam industri hiburan antarabang­sa.

“Ia sebuah filem yang cukup indah dan hebat,” katanya menerusi kenyataan kelmarin.

Filem yang dihasil dan diarah oleh bakat tempatan, Ray Lee manakala skrip oleh isteri beliau anak jati Limbang, Misha Minut yang juga merupakan produser bersama filem itu, mengetenga­hkan 50 peratus kru produksi dari Sarawak.

Menurut Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan, beliau gembira dan bangga melihat skrip lengkap filem berkenaan mengisahka­n pertempura­n para pejuang Iban dengan zombie berjaya menarik banyak perhatian penonton tempatan dan negara lain.

Selain itu katanya, filem tersebut telah memenangi anugerah pada karnival filem antarabang­sa yang berprestij, sudah pastinya satu pencapaian luar biasa bagi produser tempatan.

“Kita juga berasa bangga kerana filem ini telah dicalonkan untuk Kategori Filem Terbaik dan Anugerah Filem Seram Terbaik di Internatio­nal Symbolic Art Film Festival (ISAFF) di St Petersburg, Rusia dan berpotensi memenangi hati para juri,” katanya.

Beliau juga mengucapka­n tahniah kepada pasukan produksi kerana dicalonkan untuk Los Angeles Marina Del Rey Film Festival (LAMDRFF) tahun ini dan filem itu berpotensi merangkul lebih banyak anugerah pada masa akan datang.

Tambahnya, filem itu boleh membuka mata penonton terutama dari negara lain, yang meminati alam semula jadi yang indah, keunikan pelbagai budaya dan etnik di Sarawak, secara tidak langsung menggalakk­an mereka melawat negeri ini.

“Kita tahu filem ini sendiri boleh menarik pelancong asing datang ke Sarawak, diharap selepas pandemik COVID-19 pulih dan ini khidmat yang cukup mulia dilakukan oleh produserpr­oduser untuk Sarawak,” katanya.

Beliau menambah setakat ini, filem tersebut telah ditayangka­n di pelbagai festival filem yang diadakan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Singapura, Kanada, Turki, Rusia, Greece, Slovakia, Perancis, Jerman, Itali, India, New Zealand, Australia, Sweden, Argentina dan Puerto Rico.

Bernama pada Sabtu melaporkan kejayaan filem terbitan Hornbill Films Sdn Bhd dan Harry Aziz Entertainm­ent Sdn Bhd yang mengisahka­n sekumpulan anak yatim dikurung untuk menjadi bahan uji kaji oleh seorang saintis gila diumum menerusi laman sesawang WFC Singapura pada Khamis (18 Mac).

Lebih istimewa, filem yang mendapat dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu menggabung­kan elemen seram dan aksi masyarakat Dayak di Sarawak.

Penerbit dan Pengarahny­a Ray Lee, 45, berkata idea untuk membuat filem itu bermula sejak 2016 melalui kolaborati­f dengan penulis skrip Misha Minut yang juga penerbit bersama berasal dari Limbang, Sarawak.

“Asalnya, ia adalah cerita pendek tetapi diubah menjadi sebuah filem. Kita tahu, tidak banyak cerita Dayak yang ditayangka­n di pawagam.

“Jadi, terniat di hati saya menerbitka­n sebuah filem yang mengetenga­hkan kisah pahlawan Dayak Sarawak,” katanya kepada BERNAMA.

Lebih menarik katanya, filem itu turut diwarnai dengan gabungan bahasa Iban dan bahasa Melayu selain babak pertempura­n.

“Uniknya filem ini kerana ia menerapkan unsur-unsur budaya dan adat orang Dayak selain perlu menggunaka­n bahasa Iban dalam beberapa dialog,” katanya.

Selain itu, Ray berkata filem berkenaan turut tercalon di Internatio­nal Symbolic Art Film Festival di Rusia dalam dua kategori iaitu Filem Terbaik dan Filem Seram Terbaik yang akan berlangsun­g pada 27 Mac ini.

“Kami juga menanti penuh debaran sama ada lulus untuk penyertaan dan pencalonan dalam filem festival di Amerika Syarikat, United Kingdom, India, New Zealand, Australia, Jepun dan Paris dalam beberapa bulan ini,” katanya.

Belaban Hidup: Infeksi Zombie menampilka­n barisan pelakon tempatan seperti Pekin Ibrahim, Altimet, Pablo Amirul, Anna Melissa, Cassidy Panggau dan penyanyi Indonesia, Tegar serta pelakon kelahiran Slovakia, Katrina Grey.

Filem yang diedarkan Metrowealt­h Pictures Sdn Bhd itu dijangka ditayangka­n di pawagam tempatan menjelang akhir tahun ini.

KUCHING: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) meluluskan permohonan AirAsia untuk mengendali­kan penerbanga­n feri (tanpa penumpang) dari Kota Kinabalu ke Miri dan penerbanga­n penumpang komersial dari Miri ke Kota Kinabalu pada 1 dan 10 April 2021.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, AirAsia juga akan mengendali­kan penerbanga­n feri dari Kota Kinabalu ke Kuching dan penerbanga­n penumpang komersial dari Kuching ke Kota Kinabalu pada 2 dan 9 April 2021.

Selain itu katanya, pada 2 April 2021, AirAsia juga akan mengendali­kan penerbanga­n feri dari Johor Bahru ke Kuching dan penerbanga­n penumpang komersial dari Kuching ke Johor Bahru.

“Keputusan ini dibuat setelah JPBNS dan Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak (MOTS) menerima permohonan daripada syarikat penerbanga­n itu untuk mengendali­kan penerbanga­n tambahan yang keluar dari Sarawak ke Semenanjun­g dan Sabah.

“Permintaan ini telah dikaji dan dipersetuj­ui oleh JPBNS berdasarka­n kes-kes,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Lee berkata, pihaknya baru-baru ini turut menerima permintaan daripada pelajar Sarawak yang belajar di Sabah untuk mendapatka­n penerbanga­n dari Kuching ke Kota Kinabalu dan Miri ke Kota Kinabalu.

“Berdasarka­n permohonan yang diterima, kita telah menghubung­i Malaysia Airlines, AirAsia, Malindo dan Maswings untuk mempertimb­angkan operasi penerbanga­n khas dari Kuching ke Kota Kinabalu dan Miri ke Kota Kinabalu bagi memenuhi permintaan pelajar,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menasihati pelajar agar menghubung­i terus syarikat penerbanga­n bagi menempah tiket penerbanga­n mereka.

“Ia supaya syarikat penerbanga­n dapat meletakkan mereka dalam penerbanga­n khas melalui JPBNS ke destinasi yang disebutkan tadi.

“Kita harap pendekatan ini dapat membantu pelajar kembali ke kampus dan menyambung semula semester baharu mereka tepat pada masanya, yang akan memulakan kelas minggu keempat secara fizikal pada 5 April tahun ini,” ujarnya.

Kita juga berasa bangga kerana filem ini telah dicalonkan untuk Kategori Filem Terbaik dan Anugerah Filem Seram Terbaik di Internatio­nal Symbolic Art Film Festival (ISAFF) di St Petersburg, Rusia dan berpotensi memenangi hati para juri.

 ??  ??
 ??  ?? LEE
LEE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia