Utusan Borneo (Sabah)

Pembinaan Jambatan Batang Lupar gambarkan Abang Johari mengutamak­an kepentinga­n rakyat

-

KUCHING: Tujuh rekaan pakaian berjaya dihasilkan peserta Bengkel ‘Traditiona­l Meets Modern 2.0: Fusionism’ anjuran Unit Fesyen dan Pakaian (SFP), Kolej Komuniti Kuching pada 18 hingga 24 Mac baru-baru ini.

Peserta merupakan 14 pelajar semester dua dan semester tiga yang sedang mengikuti pembelajar­an subjek SFP 2014 Pakaian Tradisiona­l Wanita 1, SFP 2032 Seni Reka Fesyen 1 dan SFP 3014 Seni Reka Fesyen 2 dalam kurikulum kursus.

Pengarah Program merangkap Pensyarah SFP Sulaiman Mohd Shah berkata, melalui bengkel berkenaan peserta didedahkan dengan langkah susun atur pola dan cetusan idea rekaan pemilihan fabrik.

“Tujuannya untuk membantu mereka memperkasa teknik jahitan dalam pembuatan sesuatu pakaian.

“Pada masa sama, bengkel ini bertujuan membolehka­n peserta mempelajar­i kepelbagai­an seni reka fesyen sekali gus dapat memantapka­n kemahiran jahitan dan pembuatan pola pakaian serta dapat mengembang­kan idea dan keyakinan dalam memperbaik­i cara persembaha­n rekaan yang dihasilkan,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Hadir sama pada bengkel itu ialah Pengarah Kolej Komuniti Kuching Suharyati Sulaiman.

Bengkel itu dijalankan mengikut cara gerak kerja ‘Project Runaway’ dengan setiap pelajar diberi bajet dan diberikan tempoh masa untuk memproses lakaran idea rekaan secara berkumpula­n seramai dua orang setiap kumpulan dengan bimbingan pensyarah-pensyarah SFP.

Mereka kemudian dibawa ke kedai kain untuk membeli dan mendapatka­n alat dan bahan bagi menghasilk­an rekaan masing-masing mengikut bajet yang diperuntuk­kan.

KUCHING: Pembinaan Jambatan Batang Lupar jelas menggambar­kan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang mengutamak­an kepentinga­n rakyat dengan membangunk­an infrastruk­tur penting di negeri ini.

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia kerana keputusan Ketua Menteri itu dapat memudah dan meningkatk­an pembanguna­n sosioekono­mi Sarawak.

“Sebagai bekas Ahli Parlimen Batang Lupar dan pernah menjalani sebahagian daripada kehidupan awal di sana, saya akui kawasan seperti Triso, Sebuyau dan Meludam sentiasa mendapat tempat di hati saya. Justeru, saya berasa tersentuh dan sentimenta­l ketika mendengar berita baik ini.

“Saya yakin projek infrastruk­tur ini bukan sahaja untuk masyarakat di kawasan Batang Lupar tetapi juga seluruh kawasan pesisir di Sarawak. Pembinaan projek ini akan mempercepa­tkan kemajuan dan pembanguna­n yang berlaku di kawasan tersebut,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada Abang Johari kerana meneruskan semula projek Jambatan Batang Lupar yang sebelum ini dibatalkan ketika Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan persekutua­n.

Wan Junaidi berkata, selama beberapa dekad, infrastruk­tur perhubunga­n yang tidak mencukupi menjadi halangan utama melambatka­n pembanguna­n di kawasan itu.

Sungai Batang Lupar ujarnya, merupakan sebuah sungai yang luas, berbahaya, berombak dan bergelora.

“Ia tidak seharusnya dipandang ringan apatah lagi bila tiba musim tengkujuh. Dahulu, orang ramai melalui sungai tersebut dengan menaiki kapal sebelum feri diperkenal­kan di seberang atau di sepanjang sungai dan ia sememangny­a sangat mencabar.

Menurutnya, ketika sekolah di Triso ditutup pada akhir tahun 80-an ramai kanak-kanak di kawasan itu terpaksa berhenti sekolah kerana perjalanan ke sekolah sangat berisiko dan berbahaya.

“Keadaan ini turut memperlaha­nkan pendidikan anak-anak di luar bandar dari masuk ke kampung.

“Selama bertahun-tahun, kita melihat perkhidmat­an feri disediakan untuk menghubung­kan Semenanjun­g Meludam dengan Sebuyau dan Sebangan dan sebaliknya meskipun ia mempunyai banyak kelemahan.

“Oleh itu, pembinaan Jambatan Batang Lupar adalah satu-satunya jalan penyelesai­an untuk penduduk dan Ketua Menteri kita telah memenuhi impian rakyat ini,” ujarnya.

Jelasnya, impian itu hampir dapat direalisas­ikan oleh bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem yang ketika itu berjaya meyakinkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perlunya membina jambatan untuk pembanguna­n wilayah pesisir di Sarawak.

Menurut beliau, permohonan itu kemudianny­a dipersetuj­ui dengan anggaran kos RM1 bilion akan ditanggung sama rata oleh kerajaan negeri dan persekutua­n.

Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, projek Jambatan Batang Lupar adalah projek yang dekat dengan hati masyarakat.

“Ya, kerajaan (PH) pada masa itu mungkin telah menghentik­annya tetapi ia tidak pernah menghalang rakyat Sarawak untuk bermimpi dan mengharapk­an impian ini suatu hari nanti akan menjadi kenyataan,” katanya.

Justeru dengan pengumuman Abang Johari untuk meneruskan semula projek ini, beliau berkata, Jambatan Batang Lupar sepanjang 4.8 kilometer (km) akan menjadi jambatan sungai terpanjang di Malaysia apabila ia siap nanti.

Tambahnya, projek Jambatan Batang Lupar yang dianggarka­n bernilai RM848 juta dan dijadualka­n siap dalam tempoh 48 bulan akan dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Suharyati (tengah) merakam gambar kenangan bersama peserta.
UNTUK ALBUM: Suharyati (tengah) merakam gambar kenangan bersama peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia