Utusan Borneo (Sabah)

Kertas siasatan kes polis lepaskan suspek ‘Macau Scam’ hampir siap

-

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah akan melaksanak­an projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS), untuk menakung lebihan air di Sungai Muda bagi menstabilk­an paras air di sungai itu pada musim kemarau, sekali gus meningkatk­an bekalan air di negeri ini.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, baraj baharu juga akan dibina untuk menstabilk­an paras air Sungai Muda, bagi memastikan pam-pam Syarikat Air Darul Aman (SADA) tidak tergantung, khususnya ketika kemarau akibat kekurangan air.

“Dulu masa buat projek tebatan banjir kelebaran sungai ditambah menyebabka­n paras air turun, projek itu tidak disekalika­n dengan menjajarka­n semula kedudukan pam di rumahrumah pam sepanjang Sungai Muda, akibatnya ia tergantung (semasa air kurang),” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Beliau berkata, setelah paras air Sungai Muda dapat distabilka­n, kapasiti pengaliran air dari sungai itu akan dapat dikawal pada masa depan.

Katanya, TAPS akan dimulakan pada tahun ini juga dan pihaknya telah mengenal pasti kontraktor-kontraktor yang sesuai untuk projek melaksanak­an berkenaan.

“Peruntukan(untukTAPS) daripada Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA) sebab ia berkaitan air mentah, kena bagi geran. Projek ini bukan sahaja faedah untuk kegunaan atau minuman Kedah sahaja, kerana Kedah bekalkan 42 peratus padi untuk negara, jadi sumber air ini untuk pertanian juga.

“Paras air kena stabil untuk pertanian, kalau tidak akan jejaskan bekalan padi untuk negara, bukan sahaja air bersih untuk minuman,” kata Muhammad Sanusi.

Sementara itu, mengenai kenyataan beliau sebelum ini yang membayangk­an kemungkina­n Pulau Pinang terpaksa menggunaka­n ‘air selut’ jika kerajaan negeri itu berkeras enggan membayar caj air mentah kepada Kedah, katanya ia bukanlah satu ugutan.

“Saya maklumkan supaya mereka bersedia sebab kita akan buat projek TAPS. Air Sungai Muda sewaktu banyak kita akan takung, ada 14 TAPS, setiap satu kawasan takungan besar, kedalaman 20 hingga 30 meter dengan lebar sehingga satu kilometer.

“Jadi Pulau Pinang kena bersedia dengan keadaan ini, kecuali dia berpakat dengan kita (kerajaan Kedah)...Kita kena rancang untuk elakkan mereka minum lumpur (selut), kalau tak pakat dan tak buat bayaran (caj air mentah), kita rancang untuk kita sahajalah,” katanya.

Katanya, kerajaan Kedah tidak pernah menutup pintu rundingan dengan Pulau Pinang dalam isu bekalan air, sebaliknya sentiasa mengalu-alukan perbincang­an untuk menentukan kadar caj bekalan air mentah yang perlu dibayar oleh kerajaan pimpinan DAP itu.

“Kita bukan tutup pintu (rundingan) pun, kita sentiasa tersenyum untuk berunding tentang bayaran air mentah tu, bukan tak mau bagi (air), nak bagi, tapi kena bayarlah sebab kita ada (kos) penyelengg­araan untuk kawasan tadahan,” katanya. — Bernama

SHAH ALAM: Jabatan Imigresen Negeri Selangor menahan sembilan wanita pendatang tanpa izin dipercayai pekerja rumah urut yang turut menawarkan perkhidmat­an seks dalam Ops Gegar di tiga premis di sekitar Subang Jaya dan Klang, kelmarin.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, penahanan kesemua wanita berkenaan terdiri daripada tiga warga Indonesia, lima warga Thailand dan seorang warga Vietnam dalam operasi yang dijalankan bermula 9 malam itu dilakukan pihaknya setelah pemeriksaa­n awal terhadap 22 individu di ketiga-tiga premis urut tersebut.

BUKIT MERTAJAM: Kertas siasatan membabitka­n kes sekumpulan pegawai polis yang melepaskan suspek ‘Macau Scam’ pada bulan lepas, hampir siap dan akan diserah kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, pihaknya ketika ini hanya menunggu laporan daripada Jabatan Kimia

Mohamad Shukri berkata, semasa serbuan dijalankan, ada di antara mereka yang sedang melayan pelanggan di bilik-bilik kecil yang dibina dalam premis tersebut.

“Hasil pemeriksaa­n awal dipercayai premis tersebut menjalanka­n aktiviti tidak bermoral dengan menawarkan pakej urutan badan dan perkhidmat­an seks dengan bukti penemuan kondom yang telah digunakan di dalam bilik dan beberapa bungkusan yang masih belum digunakan di stor premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, terdapat beberapa pendatang dan pelanggan yang cuba melarikan berhubung tandatanga­n yang terdapat pada beberapa dokumen. kononnya untuk menyerah 11 suspek warga China kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Siasatan kes itu sebenarnya telah siap, cuma sekarang ini kami hanya menunggu laporan daripada Jabatan Kimia sahaja lagi...laporan itu berkaitan tandatanga­n yang terdapat pada dokumen yang mereka gunakan dalam diri, namun tidak berjaya kerana anggota operasi telah mengepung premis tersebut.

Mohamad Shukri berkata, siasatan juga mendapati setiap pelanggan yang ingin mendapatka­n kedua-dua perkhidmat­an itu dikenakan bayaran sebanyak RM150 bagi tempoh 45 minit.

Katanya, sembilan wanita tersebut didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal tanpa pas atau permit yang sah, 15(1)(c) akta yang sama iaitu tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 (melanggar syarat pas yang telah diberikan). — Bernama kes tersebut.

“Kami menjangkak­an kertas siasatan kes tersebut dapat dihantar kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dalam masa terdekat, untuk tindakan selanjutny­a,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Katanya, polis juga sedang menjalanka­n siasatan lanjut, sama ada empat pegawai polis yang disiasat dalam kes itu pernah terlibat dalam kes sedemikian sebelum ini.

“Cuma setakat ini, polis terima satu laporan polis membabitka­n kumpulan pegawai (polis) tersebut, namun kami masih menjalanka­n siasatan lanjut terhadap mereka sama ada terlibat kes sedemikian sebelum ini,” katanya.

Sahabudin berkata, siasatan kes itu dijalankan menurut Seksyen 217 Kanun Keseksaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia