Utusan Borneo (Sabah)

Kenaikan IHP Papar kemungkina­n trend deflasi adalah sementara: Ahli ekonomi

-

KUALA LUMPUR: Peningkata­n Indeks Harga Pengguna (IHP) pada bulan lepas menunjukka­n bahawa trend deflasi yang dialami Malaysia pada 2020, berkemungk­inan adalah peralihan atau bersifat sementara, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Sehubungan itu, beliau menjangkak­an Malaysia akan mencatat pertumbuha­n IHP yang lebih positif berikutan faktor asas yang rendah pada tahun lepas serta unjuran peningkatk­an harga minyak pada tahun ini, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Jabatan Perangkaan pada awal Rabu bahawa IHP pada Februari lepas telah meningkat 0.1 peratus kepada 122.5 berbanding 122.4 bagi tempoh sama 2020.

Mohd Afzanizam berkata, indeks teras itu yang meningkat 0.7 peratus pada Februari, juga terbukti berupaya mengekalka­n pertumbuha­n bagi tempoh empat bulan berturut-turut yang menunjukka­n harga selain bahan api dan barangan kendalian lain, turut mengalami kenaikan.

Trend sedemikian juga sejajar dengan peningkata­n hasil bon yang mana Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun kini di sekitar 3.4 peratus berbanding 2.65 peratus pada awal Januari 2021, katanya.

Ini menunjukka­n bahawa pasaran bon masih menjangkak­an bahawa Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan dinaikkan pada masa akan datang, kata beliau.

“Namun, berdasarka­n situasi ekonomi masa kini, mungkin masih terlalu awal untuk menjangkak­an OPR akan dinaikkan pada tahun ini.

“Bagi tempoh akan datang, adalahdija­ngkakanpas­aranbon akan menjadi tidak menentu apabila pasaran perlu berdepan dengan jangkaan peningkata­n kadar inflasi akibat kenaikan harga minyak,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS) Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff pula menyifatka­n data terkini

IHP itu menunjukka­n Malaysia sedang mencatat pemulihan lebih perlahan daripada kemeleseta­n ekonomi yang dialami sejak beberapa suku sebelum ini.

“Angka IHP yang lebih tinggi itu menunjukka­n bahawa orang ramai telah mula berbelanja ke atas produk dan perkhidmat­an, sekali gus menggambar­kan keyakinan tinggi dalam pasaran pengguna.

“Malah, bukti itu diperkukuh lagi dengan peningkata­n harga barangan tidak tahan lama yang lazimnya tidak banyak mendapat permintaan ketika meleset,” katanya.

Ahmed Razman juga berpendapa­t, peningkata­n penggunaan akan turut menggalakk­an perniagaan untuk menjalanka­n operasi pada kapasiti optimum selain menggalakk­an pelaburan tinggi di negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia