Utusan Borneo (Sabah)

Beckham puji Solskjaer kerana melakukan satu ‘tugas yang hebat’

-

LONDON: Bekas bintang Manchester United dan England, David Beckham, memberitah­u penyiaran ESPN bahawa bekas rakan sepasukann­ya di United, Ole Gunnar Solskjaer, melakukan satu ‘tugas yang hebat’ di Old Trafford.

Beckham dan Solskjaer bermain bersama selama tujuh tahun gemilang di United di antara 1996 dan 2003, memenangi lima trofi Liga Perdana Inggeris, Liga

Juara-Juara dan Piala FA.

United berada di tangga kedua liga musim ini dan juga berada di landasan untuk berada dalam tiga tangga teratas liga untuk musim kedua berturut-turut buat kali pertama sejak Sir Alex Ferguson bersara sebagai jurulatih pada 2013.

Solskjaer juga berdepan kritikan musim ini selepas pasukannya tersingkir di pusingan pertama Liga JuaraJuara dan beberapa prestasi menurun selepas melonjak ke tangga teratas liga pada bulan Januari tetapi Beckham percaya Solskjaer adalah orang yang tepat untuk membimbing United.

“Saya mempunyai beberapa kritikan tetapi saya fikir apabila anda seorang pengurus Man United yang mempunyai kejayaan sejak beberapa tahun, akan sentiasa satu ketika apabila orang akan mengkritik, sama ke atas pemain, pemilik kelab atau pengurusny­a,” kata Beckham dalam satu temu bual khas.

“Ole sudah cukup lama dalam sukan ini untuk dapat menerima sebarang kritikan. Beliau seorang yang pendiam, melaksanak­an tugasnya dan saya fikir beliau melakukann­ya dengan sangat baik di United.

“Keputusan mula menunjukka­nnya. Saya berharap ia akan berterusan kerana penyokong menyukai Ole, kita semua menyukai Ole dan kita semua mahu beliau mencapai sesuatu yang baik. Jadi apabila kritikan itu datang, beliau adalah orang yang menerimany­a.”

Beckham, pemilik bersama kelab Inter Miami di Amerika Syarikat (AS), juga berkata England boleh memenangi Kejohanan Eropah (Euro) yang dijadualka­n semula pada musim panas ini nanti.

Euro 2020 dijangka akan diteruskan seperti dirancang pada bulan Januari selepas tertangguh tahun lepas kerana pandemik COVID-19 dan Beckham, bekas kapten England, yakin England boleh menjulang trofi kejohanan itu buat kali pertama.

“Sejak beberapa tahun, saya sentiasa melakukan perkara yang sama, walaupun apabila saya bermain untuk England dan kami bermain di Piala Dunia dan Euro,” tambah Beckham.

“Bila sahaja ada orang berkata kepada saya: ‘OK, adakah kami akan memenangin­ya? Saya sentiasa berkata ya. Sama ada kami memenangin­ya atau tidak, saya sentiasa bangga dengan negara saya dan saya bangga dengan pengalaman saya bermain untuk England dan menjadi kapten England, bermain di Euro dan Piala Dunia, saya akan sentiasa berkata kami akan menang.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia