Utusan Borneo (Sabah)

Latihan pusat skuad B19 Sabah awal April

- Oleh Vitalis G Bingkasan ROSLAN

KOTA KINABALU: Latihan pusat skuad bawah 19 tahun Sabah dijadualka­n bermula awal bulan depan, di sini.

Ketua jurulatih, Roslan Wasli berkata, 25 pemain terpilih dari ujian pemilihan yang berakhir hujung minggu ini akan dipanggil menjalani latihan pusat.

“Kami akan kenalpasti 25 pemain terbaik dari ujian pemilihan untuk ke latihan pusat awal April depan.

“Setakat ini, kami sudah mengenalpa­sti 20 pemain sejak ujian pemilihan diadakan pada 22 Februari lalu,” kata Roslan ketika dihubungi semalam.

Beliau optimis baki lima tempat akan diisi menerusi ujian pemilihan fasa akhir hujung minggu ini di mana ia dikhususka­n kepada mereka yang tidak dapat menyertai ujian pemilihan sebelum ini disebabkan komitmen kerja atau menduduki peperiksaa­n SPM atau STPM.

Menurutnya, lebih 100 pemain telah menyertai ujian pemilihan sebelum ini di mana mereka telah dicadangka­n oleh Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Daerah seluruh negeri ini.

“Jumlah itu termasuk pemain musim lalu tetapi masih layak bermain musim ini. Mereka juga dikehendak­i menyertai ujian pemilihan kerana seperti yang saya tegaskan dari awal, tiada tempat automatik kepada mana-mana pemain.

“Mereka kena buktikan bahawa mereka masih ada sentuhan dan kecergasan terutama selepas kejohanan Piala Belia (kejohanan untuk pemain bawah 19 tahun) ditiadakan musim lalu ekoran perlaksana­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan krisis COVID-19.

Tahun ini, kejohanan di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu dijadualka­n bermula pada Jun 2021 membabitka­n 20 pasukan.

Pertanding­an juga menggunaka­n format baru di mana pasukan dibahagika­n kepada tiga kumpulan berdasarka­n geografi kedudukan pasukan.

Kumpulan A dianggotai pasukan dari kawasan selatan, barat dan zon tengah; Kumpulan B (kawasan utara dan zon tengah) dan Kumpulan C (kawasan timur, barat dan zon tengah).

Saingan peringkat kumpulan adalah bagi menentukan 16 pasukan ke pusingan kalah mati. Enam belas pasukan terdiri dari lima pasukan teratas setiap kumpulan serta satu pasukan terbaik di kalangan pasukan di tangga keenam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia