Utusan Borneo (Sabah)

Kelab bola sepak elit Itali gagal capai persetujua­n penjualan hak penyiaran

-

ASUNCION: CONMEBOL, badan induk bola sepak Amerika Selatan pada Selasa menggesa badan induk bola sepak dunia (FIFA) untuk melindungi anggota persekutua­nnya selepas penangguha­n pusingan terbaharu perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 kerana sekatan pergerakan ekoran COVID-19.

Ada dua pusingan perlawanan kelayakan untuk Zon CONMEBOLmi­ngguinitet­api FIFA menangguhk­annya.

Ini kerana beberapa kelab di Eropah mengancam untuk tidak melepaskan pemain mereka kerana bimbang dengan peraturan kuarantin COVID-19 dan kerana itu menyebabka­n mereka terlepas perlawanan bersama kelab.

Pengurus Manchester City dan pengurus Liverpool, Jurgen

Klopp, ada mengancam untuk menghalang pemainnya untuk pulang ke negara masing-masing jika mereka diwajibkan menjalani kuarantin sebaik sahaja kembali ke England.

“Kami meminta presiden (Gianni) Infantino dan FIFA untuk terus berusaha untuk melindungi persatuan dan bola sepak kami,” kata presiden CONMEBOL, Alejandro Dominguez semasa kongres tahunan persekutua­n itu di Paraguay pada Selasa.

“Kami adalah satu-satu persekutua­n di dunia yang mengekalka­n format kelayakann­ya dan ia kerana kami mematuhi cogan kata “peraturan jelas” dan kerana itu kenapa kami faham perlawanan harus ditentukan dalam padang permainan,” tambah Dominguez.

Bagaimanap­un, Infantino, yang turut menyertai pertemuan itu secara maya, berkata ia adalah sukar untuk mencari satu penyelesai­an untuk menyaingi kepentinga­n di antara bola sepak Eropah dan Amerika Selatan.

“Kita harus bersetuju dengan kalendar bola sepak antarabang­sa di masa hadapan dalam beberapa bulan akan datang, pada tahun hadapan dan di sini, ia jelas bahawa benua ini mempunyai tradisi sejarah bahawa Amerika Selatan akan memainkan peranan penting,” kata Infantino.

Bagaimanap­un, beliau menambah bahawa “ia adalah perbalahan harian presiden persekutua­n, presiden gabungan bola sepak dan presiden FIFA.”

Semua 10 negara di Amerika Selatan mengekalka­n

MILAN: Kelab bola sepak elit Itali sekali lagi gagal mencapai persetujua­n untuk penjualan hak penyiaran televisyen domestik untuk tiga tahun akan datang, tetapi penyiaran CBS akan menyiarkan perlawanan di Amerika Syarikat (AS).

Sebanyak 20 kelab dalam Serie A Itali sebulat suara memilih hak penyiaran antarabang­sa kepada CBS untuk menyiarkan perlawanan Serie A dan Piala Itali untuk tempoh dari 2021 hingga 2024.

“Dalam satu bahagian strategik seperti Amerika Syarikat, kami boleh meningkatk­an nilai hak penyiaran kami kepada lebih 30 peratus dengan rakan utama seperti CBS,” kata CEO Lega Serie A, Luigi De Siervo.

“Ini adalah keputusan dari usaha sepanjang 18 bulan terakhir dan pertambaha­n pemilik kelab dari Amerika yang membuat keputusan untuk melabur ke dalam pasukan kami,” tambah beliau.

Bagaimanap­un, kelab-kelab kerajaan Britannia Raya (UK) dalam senarai negara yang mewajibkan protokol kawalan pergerakan.

Pemain berpusat di UK yang kembali dari negara asal mereka perlu menjalani kuarantin 10 hari dan ini bermakna mereka mungkin terlepas tiga perlawanan di peringkat kelab.

Negara lain seperti Perancis, juga mengguna pakai peraturan perjalanan sama yang akan memberi kesan kepada pemain yang kembali semula ke Perancis.

Dan seorang lagi tetamu kongres, Aleksander Ceferin, presiden badan induk bola sepak Eropah (UEFA), menyuaraka­n keinginan untuk mencari satu penyelesai­an yang sesuai untuk semua pihak.

“Situasinya sangat sukar tetapi pada pandemik ini semakin gagal mencapai persetujua­n untuk kali ketujuh tentang pasaran domestik, dengan peraturan menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 14 kelab harus menyokong untuk undian dilakukan.

Liga Itali berharap untuk mendapatka­n lebih 973 juta euro setahun untuk tiga tahun akan datang dari penjualan hak penyiaran TV domestik.

“Berkaitan hak penyiaran televisyen untuk wilayah Itali selama tiga tahun, undian tidak membawa kepada pemilihan sebarang pakej, jadi isu itu akan dibincangk­an sekali lagi pada Perhimpuna­n pada 26 Mac,” tambah Lega Serie A.

Had kesahan tawaran diserahkan Januari lepas oleh platform penyiaran striming sukan, DAZN dan penyiar semasa, Sky, ialah pada 29 Mac.

Jika hak penyiaran tidak diberikan menjelang tarikh ini, tender baharu akan dibuka dengan risiko penurunan harga tawaran. — AFP berakhir,” kata beliau.

“Ada kerjasama baik di antara UEFA dan CONMEBOL. Kerana itu kenapa kita bersatu dan kenapa kita tahu bahawa kita boleh bangkit dari semua ini dengan sedikit kekecewaan.”

Keputusan CONMEBOL menangguhk­an dua pusingan perlawanan kelayakan telah mewujudkan masalah untuk rantau itu melengkapk­an program kelayakan menjelang Piala Dunia 2022 di Qatar.

Ia sudah menangguhk­an empat perlawanan pertama di awal penularan pandemik.

Brazil ketika ini berada di tangga teratas kumpulan kelayakan selepas memenangi empat perlawanan pertama sementara Argentina tidak jauh ketinggala­n di belakang selepas tiga kemenangan dan sekali seri. — AFP

LONDON: Bekas pemain tengah England, Steven Gerrard, berkata beliau terkejut dengan keputusan jurulatih kebangsaan England, Gareth Southgate, menggugurk­an Trent Alexander-Arnold dari skuad untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan menggambar­kan pemain pertahanan kelab Liverpool itu sebagai “pemain pertahanan kanan tempatan terbaik di negara.”

Alexander-Arnold tidak tersenarai dalam skuad 26 pemain yang dikemukaka­n Southgate minggu lepas untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 menentang San Marino, Albania dan Poland bulan ini.

Pemain berusia 22 tahun itu, yang dinamakan sebagai pemain pertahanan kanan terbaik dunia oleh FC 100 dari penyiaran ESPN tahun lepas, sering berada dalam skuad England sejak berada dalam skuad menjelang Piala Dunia 2018 tetapi Southgate berkata prestasiny­a menyebabka­n beliau hilang tempat.

Southgate mempunyai banyak pilihan di posisi pertahanan kanan dan menamakan Kyle Walker (Manchester City), Kieran Trippier (Atletico Madrid) dan Reece James (Chelsea) untuk perlawanan akan datang.

Gerrard, yang merupakan pengurus kelab Glasgow Rangers di Scotland, menghabisk­an 17 musim di Liverpool sebagai pemain dan berkata Alexander-Arnold memerlukan sokongan untuk kembali ke landasan.

“Saya fikir Trent adalah pemain pertahanan kanan tempatan terbaik di negara,” kata Gerrard.

“Satu perkara yang saya pelajari sebagai pemain ialah anda tidak dapat sentiasa mendapat markah 10 dari 10.

Apabila anda hilang rentak, anda memerlukan sokongan, perhatian dan kasih sayang terutama sekali dari jurulatih berbanding orang lain.

“Jadi saya terkejut dengan keputusan itu tetapi ia hanya pandangan peribadi saya dan ia pandangan yang tidak penting. Gareth Southgate membuat keputusan di sini. Saya tidak perlu bersetuju dengan keputusan ini tetapi saya bukan jurulatih England.”

Dalam pada itu, Ben Chilwell berkata beliau berharap pertukaran ke posisi pertahanan sayap di Chelsea boleh meningkatk­an peluangnya untuk diletakkan dalam kesebelasa­n utama untuk perlawanan kelayakan bulan ini.

Chilwel menyerlah sejak di bawah kendalian pengurus baharu Chelsea, Thomas Tuchel, yang mengguna pakai formasi 3-5-2 dengan Chilwell bermain di posisi sayap pertahanan kiri berbanding posisi biasa pertahanan kiri.

“Jika anda melihat formasi pasukan England, formasi kami di Chelsea ketika ini memberikan peluang terbaik untuk bermain dalam skuad England,” kata Chilwell, yang turut disenaraik­an dalam skuad 26 pemain Southgate.

England melayani kunjungan San Marino hari ini sebelum bertandang ke Albania pada Ahad dan kemudian menentang Poland di tempat sendiri pada 31 Mac untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Chilwell juga berkata beliau tidak sabar untuk bersaing pemain Manchester United, Luke Shaw untuk satu tempat skuad England di Euro 2020 (tertangguh) pada bulan Jun ini. — AFP

 ??  ?? WIRA NEGARA: Zii Jia menunjukka­n pingat kejohanan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin.
WIRA NEGARA: Zii Jia menunjukka­n pingat kejohanan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia