Utusan Borneo (Sabah)

S. Kisona tarik diri sertai kejohanan Badminton Orleans Masters 2021

-

LAWAS: Pasukan Alpha menggunggu­li Kejohanan Badminton Regu Berpasukan Piala Ketua Balai Balai Bomba Penyelamat (BBP) Lawas 2021 di Dewan Mega Sports Lawas di sini, barubaru ini.

Dalam kejohanan itu, pasukan Bravo memenangi kedudukan naib johan dan tempat ketiga dimenangi pasukan Charlie.

Ketua BBP Lawas Zaki Husin berkata, kejohanan itu merupakan aktiviti jabatan yang melibatkan kumpulan pengurusan pembanguna­n organisasi.

“Kejohanan ini mampu mengeratka­n hubungan mesra antara pegawai kanan, pegawai dan anggota serta mencungkil bakat pegawai serta memberikan pendedahan dalam menyertai satu-satu pertanding­an,”katanya.

Jelasnya, melalui kejohanan ini prestasi kecergasan dapat dikekalkan pegawai dan anggota dalam menghadapi tugasan seharian.

Turut hadir ialah Ketua Zon Tujuh Limbang Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal dan Pegawai Zon Tujuh Limbang Azman Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorang­an wanita negara S. Kisona telah menarik diri daripada menyertai Kejohanan Badminton Orleans Masters 2021 di Perancis, minggu ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan mengesahka­n bahawa, barisan kejurulati­han telah mencapai keputusan tersebut, selepas menilai prestasi semasa pemain berusia 22 tahun itu pada Kejohanan All England, Birmingham.

“Kisona akan meneruskan latihan intensif di pusat latihan prestasi tinggi Akademi Badminton Malaysia (ABM) sebelum menyertai semula kejohanan. Kembali dengan lebih baik, Kisona,” menurut kenyataan tersebut.

Pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu, sepatutnya memulakan penyertaan­nya pada kejohanan Jelajah Super 100 Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) bertemu bekas pemain nombor satu dunia dan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Saina Nehwal dari India.

Kisona, pada penyertaan­nya di All England minggu lepas, tewas kepada pemain pilihan ke lapan Busanan Ongbamrung­phan dari Thailand 6-21, 7-21, pada pusingan pembukaan. — Bernama

 ??  ?? TAHNIAH: Zaki (dua kiri), Hazmin dan Azman bergambar bersama pasukan Alpha baru-baru ini.
TAHNIAH: Zaki (dua kiri), Hazmin dan Azman bergambar bersama pasukan Alpha baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia