Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga gembira daftar sebagai penerima vaksin

-

KOTA KINABALU: Walaupun sering dikhabarka­n dengan pelbagai berita negatif, peniaga buah-buahan di Pasar Besar Kota Kinabalu, Masliah Ampuroh, 52, berpendapa­t tiada alasan untuk seseorang tidak mendapatka­n suntikan vaksin COVID19.

“Saya berterima kasih Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) ApiApi, Oliver Majaham dan juga Jabatan Penerangan Sabah kerana membantu saya mendaftar sebagai menerima vaksin dalam aplikasi MySejahter­a.

“Dengan pendekatan ini, saya yakin akan lebih ramai masyarakat berpeluang mendaftar sebagai penerima vaksin,” katanya.

Sementara itu, peniaga sayur, Banong Othman, 54, menganggap pendaftara­n vaksin bagaikan sinar harapan bagi golongan berusia dan berisiko seperti dirinya.

“Sudah tentu saya akan mengambil vaksin itu nanti kerana saya berusia dan berisiko tinggi untuk dijangkiti virus COVID-19.

“Program ini merupakan sinar harapan kepada saya yang mengharapk­an penularan jangkitan ini dapat dikawal apabila semua sudah menerima vaksin nanti.

“Secara tidak langsung dapat membantu merancakka­n lagi ekonomi dalam negara dan kelangsung­an operasi perniagaan tempatan khususnya di kawasan pasar ini,” katanya.

Bagi memastikan setiap maklumat berkenaan vaksin dapat dihebahkan secara umum dan sampai kepada masyarakat, Jabatan Penerangan Sabah bersama Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) ApiApi

hari ini, mengadakan Program Info On Wheel (IOW) di Pasar Besar Kota Kinabalu untuk mendekati dan menggalakk­an rakyat untuk menjayakan Program Imunisasi Kebangsaan. — Penerangan

 ??  ?? PENJELASAN: Oliver (kanan) memberikan keterangan ringkas kepada Masliah (kiri).
PENJELASAN: Oliver (kanan) memberikan keterangan ringkas kepada Masliah (kiri).
 ??  ?? DAFTAR: Oliver bergambar selepas mendaftar penerimaan vaksin dalam MySejahter­a dalam Program IOW.
DAFTAR: Oliver bergambar selepas mendaftar penerimaan vaksin dalam MySejahter­a dalam Program IOW.
 ??  ?? VAKSIN: Banong selepas mendaftar sebagai penerima vaksin.
VAKSIN: Banong selepas mendaftar sebagai penerima vaksin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia