Utusan Borneo (Sabah)

Rahman Dahlan rasmi UMS fm Protégé

-

KOTA KINABALU: Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan telah merasmikan UMS fm Protégé dalam satu acara di pejabat UMS fm.

UMS fm Protégé yang dicetuskan bertujuan memberi nilai tambah kepada pelajar komunikasi UMS dengan pengalaman setara industri, merupakan satu platform bagi melatih dan mengasah bakat pelajar-pelajar Program Komunikasi UMS.

Menerusi program tersebut, para pelajar bukan sahaja dilatih menjadi seorang juruhebah, tetapi turut diberi pendedahan untuk menjadi penerbit rancangan, dan dalam masa terdekat turut dibuka kepada pelajar di luar program Komunikasi yang mempunyai minat untuk menjadi juruhebah radio.

“Diharap agar UMS fm menjadi satu wadah dalam mendengar degup jantung orang muda serta menjadi satu tarikan kepada orang muda terutamany­a,” kata Rahman ketika mengulas mengenai UMS fm.

Perasmian program tersebut merupakan salah satu acara dalam rangka lawatan kerja Rahman dan isteri, Datin Seri Panglima Norazlina Tan Sri Awang Had ke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n (FSSK), UMS fm dan Institut Penyelidik­an Marin Borneo (IPMB).

Terdahulu, Rahman ketika berucap selepas mendengar taklimat fakulti oleh Dekan FSSK, Prof. Madya Dr. Asmady Idris berkata, UMS perlu memperkuku­hkan integrasi antara pihak universiti dengan komuniti tempatan bagi manfaat bersama. Katanya, universiti perlu mencari satu formula bagaimana kemudahan-kemudahan di dalam kampus dapat terus dipertingk­atkan untuk kegunaan dalam pembelajar­an para pelajar, dan dalam masa yang sama turut dapat memberi peluang kepada masyarakat luar untuk menggunaka­n kemudahan yang ada.

“Sebagai contoh kelengkapa­n peralatan dan studio yang terdapat di FSSK mungkin boleh dimanfaatk­an orang luar untuk membuat video atau rakaman, dan saya melihat kolaborasi antara fakulti dengan komuniti ini amat penting.

“Melalui perkongsia­n bersama komuniti luar, fakulti sebenarnya dapat menjana pendapatan sendiri yang menguntung­kan universiti, dan pada masa yang sama masyarakat juga akan lebih menghargai peranan dan peluang yang diberikan oleh UMS,” katanya.

Pada sebelah petang, beliau berkesempa­tan meluangkan masa untuk mengadakan perbincang­an bersama Pengarah IPMB, Prof. Madya Ts. Dr. Sitti Raehanah Muhamad Shaleh, serta melawat hatceri, Akuarium dan Muzium UMS, dan Jeti UMS.

Turut mengiring lawatan kerja beliau Naib Canselor UMS, Prof. Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin; Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa), Prof. Dr. Rasid Mail; Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi), Prof. Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul; dan Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar.

 ?? — Gambar Pemerangan ?? KEMUDAHAN: Rahman melawat salah satu kemudahan studio di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n UMS.
— Gambar Pemerangan KEMUDAHAN: Rahman melawat salah satu kemudahan studio di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n UMS.
 ?? — Gambar Pemerangan ?? RASMI: Rahman merasmikan program UMS fm Protégé di studio UMS fm.
— Gambar Pemerangan RASMI: Rahman merasmikan program UMS fm Protégé di studio UMS fm.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia