Utusan Borneo (Sabah)

APMM sedia jalin kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Labuan

-

LABUAN: Pengarah Zon Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Labuan, Kepten Nudin Jusoh telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan di pejabatnya di Kompleks Ujana Kewangan sempena pelantikan Yusup Haji Mohamad sebagai Pengarah Pendidikan Labuan yang baharu pada Rabu.

Nudin yang telah dilantik ke jawatan Pengarah APMM Labuan pada Februari 2021 diiringi oleh Timbalan Pengarah Pengurusan APMM, Arun Fazhillah Hamdan dan Pegawai Pemerintah KM Bestari, Lt. Kdr Hilmi Abdullah.

Ketibaan beliau pada jam 9 pagi itu disambut oleh Timbalan Pengarah Sektor Perancanga­n, Mohd Nizam Yasim bersama Timbalan Pengarah Sektor Pembanguna­n Murid, Haji Abdul Rahman Ahmad.

Dalam pertemuan itu, Kepten Nudin mengucapka­n tahniah kepada Yusup kerana telah dilantik menerajui Jabatan Pendidikan WP

Labuan.

Beliau turut memaklumka­n tentang perancanga­n jangka panjang untuk mewujudkan pusat latihan asas maritim di Labuan, bantuan kepada mempromosi kepada muridmurid berkaitan aktiviti-aktiviti maritim.

“Kami berharap agar APMM dapat menjalinka­n kerjasama yang lebih erat antara jabatan pada masa akan datang demi kepentinga­n penduduk-penduduk di wilayah ini,” katanya.

“Kita juga berharap agar dapat membuat promosi berkaitan aktiviti-aktiviti APMM kepada murid-murid sekolah melalui program Sahabat Maritim,” katanya.

Sementara itu, Yusup turut berharap agar semua agensi kerajaan di pulau ini dapat bekerjasam­a sebagai satu pasukan untuk kepentinga­n warga Labuan.

“Matlamat kita ialah memberi peluang seluas mungkin kepada anak-anak di Labuan kepada akses pendidikan yang berkualiti.

“Kerjasama seperti ini adalah peluang terbaik untuk mendedahka­n murid-murid kepada aktiviti di luar bilik darjah.

“Ini mampu merintis minat kepada murid-murid tentang kerjaya di dalam APMM itu sendiri,” katanya.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah KPP Sektor Infrastruk­tur dan Pembanguna­n, Boney Jumil, KPP Sektor Pengurusan, Lina Encharang, KPP Sektor Sumber Manusia, Khairul Hafiz Juni dan wakil SPS, Zaleha Hassan.

 ??  ?? KENANGAN: Kepten Nudin (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Yusup sempena kunjungan hormat terhadap Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, kelmarin.
KENANGAN: Kepten Nudin (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Yusup sempena kunjungan hormat terhadap Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, kelmarin.
 ??  ?? KUNJUNGAN:KeptenNudi­nmenandata­nganibukul­awatanrasm­ike Jabatan Pendidikan Labuan sambil diperhatik­an Yusup (tiga kiri).
KUNJUNGAN:KeptenNudi­nmenandata­nganibukul­awatanrasm­ike Jabatan Pendidikan Labuan sambil diperhatik­an Yusup (tiga kiri).
 ??  ?? MUAFAKAT: Yusup (duduk dua kiri) dan Kepten Nudin (duduk dua kanan) merakamkan kenangan bersama pegawai kanan JPN Labuan dan APMM Labuan. Turut kelihatan Mohd Nizam (duduk kiri) dan Abd Rahman (berdiri kanan).
MUAFAKAT: Yusup (duduk dua kiri) dan Kepten Nudin (duduk dua kanan) merakamkan kenangan bersama pegawai kanan JPN Labuan dan APMM Labuan. Turut kelihatan Mohd Nizam (duduk kiri) dan Abd Rahman (berdiri kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia