Utusan Borneo (Sabah)

Isu Korea Utara: ATM siap siaga

Fokus ancaman siber, pastikan data rahsia kerajaan dalam keadaan selamat

-

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia meningkatk­an tahap kesiapsiag­aan, antaranya menumpukan kepada ancaman siber dalam memastikan data rahsia kerajaan berada dalam keadaan selamat, susulan kenyataan Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia Kim Yu-Song baru-baru ini.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, negara kini bukan sahaja berhadapan dengan ancaman fizikal tetapi juga ancaman siber, namun perkara tersebut masih terkawal.

“Pertama sekali ATM akan memastikan negara berada dalam keadaan selamat, kita juga meningkatk­an kesiapsiag­aan dalam perkembang­an siber,” katanya selepas menyempurn­akan majlis perasmian Tim Pemantau Antarabang­sa-Mindanao ke-16 (TPA-M16) di Wisma Perwira ATM di sini, hari ini

Jelasnya lagi, ancaman siber menjadi antara tumpuan utama pasukannya, kerana sudah menjadi rutin kehidupan masyarakat masa kini banyak bergantung kepada teknologi siber dalam urusan harian, seperti membeli barang atau pembayaran secara dalam talian dan sebagainya.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan yang diberikan Kim pada Ahad lepas, yang mengatakan Malaysia perlu menanggung akibat daripada tindakan mengenakan pendakwaan terhadap rakyatnya.

Ahad lepas, kesemua kakitangan diplomatik Kedutaan Korea Utara dan tanggungan mereka di Malaysia, berlepas pulang ke negara mereka susulan keputusan Pyongyang menamatkan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur.

Pada Jumaat, Pyongyang mengumumka­n ia menamatkan hubungan diplomatik dengan Malaysia, apabila pada awal bulan ini mahkamah Malaysia memutuskan seorang ahli perniagaan Korea Utara boleh diekstradi­si ke Amerika Syarikat, untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram.

Pada hari sama, Wisma Putra dalam kenyataann­ya berkata, ia kesal dengan keputusan Korea Utara itu dan sebagai tindak balas, Malaysia akan menutup kedutaan negara berkenaan di sini yang operasinya sudah digantung sejak 2017.

Malaysia dan Korea Utara mewujudkan hubungan diplomatik pada 1973, serta mengecapi pelbagai pencapaian diplomatik dan perdaganga­n hinggalah pada 2017, apabila Kim Jong-nam iaitu abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh di Malaysia.

Terdahulu, Affendi menyempurn­akan majlis perasmian Tim Pemantau Antarabang­sa-Mindanao ke-16 (TPA-M16) yang akan berlepas ke Mindanao, Filipina pada Jumaat ini (26 Mac).

Pasukan TPA M-16 yang diketuai Timbalan Ketua Misi Mejar Jen Datuk Hamdan Ismail bersama 16 pegawai dan anggota daripada ATM, Polis Diraja Malaysia dan penjawat awam, menggantik­an TPA M-15 yang dijadual tiba di tanah air pada 10 April.

Penghantar­an TPA M-16 selama 12 bulan itu adalah bagi meneruskan tugastugas berpanduka­n Terma Rujukan bagi pemantauan dan mengawasi proses gencatan senjata antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). — Bernama

Pertama sekali ATM akan memastikan negara berada dalam keadaan selamat, kita juga meningkatk­an kesiapsiag­aan dalam perkembang­an siber. Jeneral Tan Sri Affendi Buang Panglima Angkatan Tentera

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEDIA: Affendi (empat kiri) menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Hamdan selepas acara pemakaian lencana Tim Pemantau Antarabang­sa Mindanao 16 (TPA M-16) di Wisma Perwira ATM semalam.
— Gambar Bernama BERSEDIA: Affendi (empat kiri) menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Hamdan selepas acara pemakaian lencana Tim Pemantau Antarabang­sa Mindanao 16 (TPA M-16) di Wisma Perwira ATM semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia