Utusan Borneo (Sabah)

Polis kenal pasti dalang sindiket pengemis

Individu menghantar pengemis ke lokasi tertentu dan mengambiln­ya semula selepas selesai meminta sedekah

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tawau sudah mengenal pasti dalang sindiket yang memperguna­kan individu terutamany­a kanak-kanak untuk menjadi pengemis di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata pihaknya sudah mengenal pasti individu yang menjadi dalang sindiket pengemis di sekitar bandar Tawau.

“Melalui maklumat yang diterima, individu terbabit akan menghantar pengemis yang dipercayai Pala’uh ke lokasi tertentu dan mengambiln­ya semula selepas selesai meminta sedekah.

“Sindiket terbabit juga menjadikan kawasan sekitar jalan raya di persisiran, tempat letak kenderaan, bank dan pasar raya untuk meletakkan pengemis tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Perbarisan sempena Hari Polis ke-214 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, di sini semalam.

Menurutnya, pihaknya juga banyak menerima aduan daripada orang awam yang risau pengemis terbabit berpotensi menjadi ejen kepada penularan wabak COVID-19.

“Kita sedia maklum, golongan pengemis terbabit memang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutamany­a mengabaika­n penggunaan pelitup muka,” katanya.

Beliau berkata, PDRM Tawau sudah mengadakan mesyuarat bersama agensi lain berkaitan masalah ini dan satu operasi bersepadu akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Perbuatan sindiket itu bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi ianya juga boleh menggagalk­an usaha kita untuk membendung penularan wabak COVID-19.

“Saya menasihatk­an kepada individu yang mengaut keuntungan melalui kegiatan itu supaya berhenti melakukann­ya terutamany­a menggunaka­n kanak-kanak sebagai pengemis sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kejayaan Polis Tawau pada tahun 2020 selain daripada tangkapan dan rampasan dadah berprofil tinggi, pihaknya juga berjaya membendung penularan wabak.

“Sebenarnya kejayaan membendung penularan COVID-19 merupakan kejayaan terbesar PDRM Tawau bersama penguat kuasa lain dan masyarakat di daerah ini.

“Polis Tawau menzahirka­n ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk masyarakat sehingga kita berjaya menurunkan kadar jangkitan wabak sekali gus memudahkan tugas Polis yang merupakan peneraju utama penguatkua­saan SOP COVID-19,” katanya.

 ??  ?? PENGEMIS: Jalan persisiran antara kawasan yang menjadi tumpuan pengemis meminta sedekah.
PENGEMIS: Jalan persisiran antara kawasan yang menjadi tumpuan pengemis meminta sedekah.
 ??  ?? PETER
PETER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia